Daulah Educonsult telah menawarkan peluang untuk menyambung pengajian ke Indonesia untuk sesi September 2021. Indonesia merupakan salah satu negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult. Antara negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah Poland, Rusia, Mesir, Bangladesh dan Turki.

Indonesia merupakan sebuah negara yang membangun dan cara hidup serta adat dan budaya mereka adalah serupa dengan Malaysia. Indonesia juga berhampiran dengan negara Malaysia. Disebabkan itu ramai pelajar Malaysia memilih untuk menyambung pengajian di universiti di Indonesia. Mereka dapat menyesuaikan diri dengan senang kerana persamaan yang ada di antara Indonesia dan Malaysia.

Universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult ini telah mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Majlis Pergigian Malaysia (MDC), Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Majlis Veterinar Malaysia (MVC).

Tawaran belajar di Indonesia untuk sesi September 2021 dibuka untuk beberapa buah universiti. Pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke Indonesia boleh membuat tempahan awal di Daulah Educonsult.

Pelajar yang mahu menyambung pengajian ke Indonesia, sebelum itu mereka terlebih dahulu akan dimasukkan ke Kolej Bersama Daulah. Kolej Bersama Daulah ini terletak di Kuala Lumpur. Mengapa pelajar perlu dimasukkan ke Koleh Bersama Daulah terlebih dahulu? Ini kerana sistem pembelajaran yang berlainan antara Malaysia dan Indonesia.

BACA JUGA :   Trend Terbaru Selepas Fake Braces, Fake Veneer

Di Kolej Bersama Daulah, pelajar akan belajar di fasa asasi mengikut bidang yang pelajar pilih. Sebelum pelajar memulakan sebarang pembelajaran, pihak Daulah Educonsult akan membawa pelajar ke tempat pelancongan yang terdapat di Indonesia.

Tempat – tempat seperti Danau, Toba, Bali dan banyak lagi. Para pelajar tidak perlu risau akan bayaran, ini kerana segala bayaran telah pun dimasukkan semasa membuat pembayaran di Daulah Educonsult.

Antara universiti yang ditawarkan di Indonesia ialah Universitas Sumatera Utara. Universitas Sumatera Utara ini menawarkan pembelajaran dalam bidang  perubatan. Ianya ditubuhkan pada 4 Jun 1952. Merupakan salah satu universiti yang terbaik di Pulau Sumatera dan merupakan universiti negeri tertua di luar Jawa. Untuk pengetahuan pelajar juga universiti ini merupakan universiti pertama di Pulau Sumatera yang mempunyai Fakulti Kedokteran (Perubatan).

Universiti Sumatera Utara

Selain itu, Daulah Educonsult turut menawarkan Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau. Universiti ini menawarkan bidang pengajian islam, psikologi dan lain – lain. Universiti ini dibina pada mulanya sebagai Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sultan Syarif Kasim Riau pada 19 September 1970. Pada 4 Januari 2005 universiti ini dikenali sebagai Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.

BACA JUGA :   Nikmati Pembelajaran Dalam Suasana 4 Musim Bersama Daulah Educonsult

Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau

Universitas Islam Negeri Ar- Raniry juga antara salah satu universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult. Universiti ini menawarkan bidang pengajian islam dan ditubuhkan pada tahun 1960. Antara bidang pengajian islam yang ditawarkan ialah bidang usuluddin, tarbiyah dan syariah.

Universitas Islam Negeri Ar- Raniry

Sekiranya pelajar berminat untuk menyambung pengajian di universiti di Indonesia, pelajar boleh menempah melalui Daulah Educonsult. Sila hubungi talian di bawah untuk maklumat lanjut. Layari laman web dan medis sosial kami untuk informasi tambahan.

Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here