Joe Biden, calon demokrat berada dalam kedudukan selesa selepas menang di Michigan dan Wisconsin. Situasi ini berpihak kepadanya untuk mengambil alih Rumah Putih daripada Presiden Donald Trump. Pilihan Raya AS kali ini mencatatkan undian tertinggi apabila hampir 160 juta rakyat Amerika keluar menunaikan kewajiban. Ianya adalah yang tertinggi sejak 120 tahun lalu.
Berdasarkan anggaran awal oleh Michael Mcdonald , sejumlah 159,817,oo undi direkodkan. Kadar kelaur mengundi adalah 66.9 peratus iaitu tertinggi sejak 1900, iaitu 73.7 peratus. Dengan kemenangan itu, Biden peroleh 264 undi, iaitu hanya enam undi sahaja undi untuk memenangi jawatan Presiden AS.
Biden hanya perlu memenangi beberapa undi di negeri seperti nevada atau Georgia untuk dia menang. Trump dikhabarkan melalui saat sukar untuk mengekalkan kedudukannya hingga dia menuntut kiraan semula undi di Wisconsin.
Trump mengisytiharkan kemenagan di Pennyslvania selepas dia mendapat undi sebanyak 383,000 di negeri tersebut. namun ianya dinafikan oleh pegawai pilihan raya kerana terdapat lebih sejuta kertas undi masih belum dikira.
Siapakah yang bakal menerajui negara gergasi dunia pertama ini? Usah berteka-teki. Ikuti Deenamik untuk tahu perkembangan terkini dan juga info terkini serata dunia.