Waktu berkerja sebagai rakan penghantar dan pemandu Safer adalah sangat fleksibel. Anda boleh memilih sama ada mahu membuat part time ataupun full time. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjana pendapatan pasif dan aktif dengan serentak. Senang sahaja hendak menjana dua – dua pendapatan ni.

Pendapatan aktif anda akan diperoleh melalui kerja penghantaran yang dilakukan. Sekiranya anda melakukan banyak kerja penghantarann pendapatan aktif anda akan bertambah.

Manakala, untuk mendapatkan pendapatan pasif ialah dengan cara perkongsian referral code. Referral code tersebut anda perlu kongsikannya kepada kenalan dan ahli keluarga anda. Jika ramai orang mendaftar menggunakan referral code anda dan menggunakan perkhidmatan di Safer. Anda akan mendapat lebih banyak pendapatan pasif.

Safer adalah sebuah syarikat e-hailing yang menyediakan perkhidmatan penghantaran. Perkhidmatan yang ada di Safer ialah Safer Ride, Safer Delivery, Safer Concierge dan Safer Food. Safer Ride ialah perkhidmatan menghantar penumpang ke kawasan yang dipilih mereka.

BACA JUGA :   Sifar Caj Penolakan Hanya Di Safer Food Merchant!

Safer Delivery ialah perkhidmatan menghantar barang ke lokasi yang dikehendaki dan Safer Food ialah  perkhidmatan menghantar makanan. Perkhidmatan Safer Concierge adalah perkhidmatan meneman dan membantu pengguna di sepanjang tempoh yang telah ditempah.

Sebelum itu, anda perlu memenuhi syarat kelayakkan dan melengkapkan butiran yang ditetapkan oleh pihak Safer.

Syarat kelayakan rakan pemandu  :

  • Tahun buatan kereta 2011 dan ke atas
  • Memiliki lesen memandu yang sah dan penuh (D)
  • Memiliki lesen PSV
  • Mempunyai telefon pintar yang berfungsi dengan akses internet (iOS atau Android)

Syarat kelayakkan rakan penghantar :

  • Memiliki kenderaan seperti motor, kereta, van, pickup truck dan lain-lain
  • Tiada had tahun buatan kenderaan
  • Memiliki lesen memandu yang sah (Lesen L juga diterima bagi motosikal sahaja)
  • Mempunyai telefon pintar yang berfungsi dengan akses internet (iOS atau Android)
    (Lesen psv dan ehailing insurance tidak perlu jika mendaftar sebagai rakan penghantar SAFER.)
BACA JUGA :   KKM Sahkan Produk Energy Candy Mengandungi Bahan Terlarang

Lesen SPV boleh didapati di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), manakala lesen EPV akan diuruskan oleh Safer.

Butiran kenderaan yang perlu ada :

  • Roadtax
  • Geran
  • Insurans
  • Akaun Bank

Jika anda berminat untuk mendaftar sebagai rakan pemandu dan rakan penghantar Safer, muat turun aplikasi Safer Driver. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web dan media sosial.

SAFER driver Apple App Store : https://apple.co/2ZvyNeX
SAFER driver Google Play Store : https://bit.ly/2yp8ADH

Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here