Kemasukan ke Maahad Buuth untuk sesi November 2020 kini dibuka menerusi Madrasah Daulah. Pelajar yang berminat mahu melanjutkan pengajian ke Mesir boleh mendaftar menerusi Program Madrasah Daulah.

Madrasah Daulah ialah peluang buat pelajar untuk menyambung pengajian sehingga ke peringkat ijazah sarjana di Universiti Al – Azhar. Jangan lepaskan peluang ini, jika pelajar berminat untuk mendalami ilmu pengajian islam.

Madrasah Daulah merupakan sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad. Peluang pengajian dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan dan berusia daripada 12 hingga 31 tahun.Terutama sekali bagi pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran.

Jika pelajar mahu melanjutkan pengajian sehingga ke Universiti Al – Azhar, pelajar perlu menamatkan pengajian di Maahad Buuth terlebih dahulu. Sekiranya pelajar berjaya menamatkan pengajian di Maahad Buuth mereka akan diserap masuk ke Universiti Al Azhar.

BACA JUGA :   Yuran Pengajian Tetap Antara Kelebihan Kursk State Medical University, Rusia

Ini merupakan jalan yang terbaik buat pelajar menyambung pengajian di Maahad Buuth, terutama bagi pelajar yang masih tidak mendapat mana – mana tempat pengajian. Maahad Buuth ialah sebuah sekolah menengah yang  bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga 6.

Sebelum pelajar dapat memasuki ke Maahad Buuth pelajar terlebih dahulu perlu menduduki ujian kelayakan. Ujian kelayakan tersebut ialah Ujian Imtihan Qabul, ujian ini akan menetukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Untuk pengetahuan pelajar, sebelum menduduki ujian tersebut, pelajar terlebih dahulu akan memasuki kelas. Kelas tersebut ialah kelas Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran pula ialah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran.

BACA JUGA :   The Future of Transportation: Exploring Electric and Hydrogen-Powered Vehicles

Bagi pelajar yang tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth. Pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor untuk mempelajari ilmu pengajian islam.

Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Hour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Jika pelajar berminat mahu menyambung pengajian ke Mesir, jangan tunggu lagi segera mendaftar menerusi Program Madrasah Daulah. Sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut boleh layari laman web dan media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here