Kursk adalah merupakan sebuah bandar yang tertua di Rusia. Kursk State Medical University merupakan salah satu universiti terkemuka yang terdapat di Rusia. Antara bidang perubatan yang ada di Kursk State Medical University ialah bidang pra – perubatan, perubatan dan gerontologi. Daulah Educonsult menawarkan pengajian bidang perubatan di Kursk State Medical University. Selain daripada Rusia, Daulah Educonsult turut menawarkan pengajian di Indonesia, Poland, mesir, Bangladesh dan Turki.

Kursk State Medical University ditubuhkan pada tarikh 7 Februari 1935. Kursk State Medical University juga merupakan universiti yang pertama yang telah menawarkan program latihan perubatan di dalam bahasa Inggeris. Untuk pengetahuan pelajar, Kursk State Medical University adalah yang pertama untuk membuka pejabat perwakilannya di Malaysia.

Malah, ianya juga merupakan salah sebuah universiti yang terkemuka dalam bidang pengajian perubatan di Rusia. Di Kursk State Medical University telah lahir lebih daripada 40 ribu doktor, ahli farmasi dan profesional kesihatan yang laintelah dilatih selama 85 tahun universiti ini ditubuhkan.

Kursk State Medical University adalah salah satu daripada pilihan yang boleh dipilih untuk pelajar melanjutkan pengajian. Sesi kemasukan di universiti berkenaan ialah pada November 2020. Daftar segera sekiranya pelajar berminat untuk untuk menyambung pengajian di luar negara terutama sekali di bidang perubatan.

BACA JUGA :   Bidang Penerbangan Awam di Universiti Luar Negara

Seperti yang kita semua tahu, fenomena pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia ini sangat membimbangkan. Malah, disebabkan ini juga telah membuatkan ramai pelajar tidak mahu menyambung pengajian akibat virus berkenaan. Selain itu, ada juga pelajar yang tidak dapat menyambung pengajian disebabkan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pelajar jangan risau, kerana PKP bukan penghalang untuk pelajar terus sambung belajar. Untuk pengetahuan pelajar, kebanyakan universiti di luar negara juga membuka peluang untuk pelajar antarabangsa mereka menyambung terus semester secara pembelajaran atas talian (online) disebabkan tidak mahu mereka ketinggalan.

Kursk State Medical University telah menerapkan cara pembelajaran yang sistematik. Walaupun pelajar berada di Malaysia tetapi waktu kelas adalah berjalan seperti biasa dari jam 3 petang ke 8 malam waktu Malaysia. Bukan itu sahaja, setiap kelas secara keseluruhannya akan di uruskan oleh pensyarah subjek. Para pelajar akan belajar di dalam kumpulan yang kecil iaitu dari 8 ke 10 orang untuk satu kumpulan.

Bagi proses pembelajaran pula, antara teknik pengajian adalah kajian kes bersama profesor dan penggunaan nota juga. Proses pembelajaran untuk pengajian secara atas talian amatlah penting, kerana pelajar akan lebih kepada melakukan perbincangan bersama dan penglibatan pelajar pada setiap perbincangan amat penting jika belajar di Kursk State Medical University.

BACA JUGA :   Pelajar UiTM Cipta Nama Di Persada Antarabangsa

Pelajar tidak perlu risau kerana KSMU telah mendapat pengiktirafan daripada ;

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Majlis Pergigian Malaysia (MDC)
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
  • Majlis Veterinar Malaysia (MVC)

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk pelajar yang berminat untuk memohon menyambung pengajian di sini.

  • SPM/IGCSE – Minimum lulus dalam semua subjek sains.
  • STPM, Matrikulasi & Asasi – CGPA 3.0 dalam subjek sains.
  • Diploma – CGPA 3.0

Bagi pembayaran yuran pula berbeza dengan yang lain. Sistem pembayaran yuran adalah secara Lock Fee, pelajar hanya perlu yuran yang telah ditetapkan. Yuran dibayar dalam mata wang Malaysia tanpa ada tambahan yuran lain dan bunga.

Jika pelajar mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat dengan lebih lanjut. Sila hubungi talian di bawah dan layari laman web serta media sosial kami.

Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here