Madrasah Daulah merupakan sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth. Peluang pengajian di Maahad Buuth ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan.

Pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran di alu – alukan untuk menyertai Program Madrasah Daulah. Pelajar seawal usia 12 tahun sehingga 31 tahun dibenarkan untuk menyambung pengajian.

Jika pelajar mahu menyambung pengajian sehingga ke Universiti Al – Azhar. Pelajar boleh mendaftar menerusi Program Madrasah Daulah. Pelajar terlebih dahulu perlu memasuki  ke Maahad Buuth untuk melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar. Maahad Buuth adalah sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Maahad Buuth menawarkan tempat kepada sesiapa yang berminat bagi mendalami ilmu pengajian islam dan memasuki Universiti Al – Azhar. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka secara tidak langsung akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

BACA JUGA :   Ketahui Universiti Terbaik Luar Negara Yang Ditawarkan Pihak Daulah Educonsult

Berminat untuk menyambung pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana? Program Madrasah Daulah ialah peluang untuk pelajar merealisasikan impian pelajar. Terutama sekali bagi pelajar yang tidak mendapat sebarang tempat di mana – mana institusi pengajian.  Jika berminat untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang pengajian islam pelajar boleh terus mendaftar menerusi Madrasah Daulah.

Ujian kelayakan perlu diduduki terlebih dahulu sebelum pelajar dapat memasuki ke Maahad Buuth. Ujian Imtihan Qabul ialah ujian kelayakan yang pelajar perlu lepasi. Ujian ini akan menentukan sama ada pelajar akan berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas. Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Tempoh pengajian di situ tidak lebih daripada satu tahun.

BACA JUGA :   Samsung di senarai teratas

Sekiranya pelajar tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu.  Bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Madrasah Daulah adalah peluang untuk anda meyambung pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Al – Azhar. Jangan lepaskan peluang ini jika pelajar berminat untuk mendalami ilmu pengajian islam. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut, sila layrai laman web dan media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here