Pelajar berpeluang untuk menyambung pengajian di Mesir dengan mendaftar menerusi Program Madrasah Daulah. Madrasah Daulah merupakan sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth. Maahad Buuth merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM yang terdapat di Malaysia.

Maahad Buuth menawarkan tempat kepada sesiapa yang berminat bagi mendalami ilmu pengajian islam. Pelajar juga berpeluang untuk memasuki Universiti Al – Azhar. Malah, pelajar boleh menyertai Program Madrasah Daulah walaupun tidak memiliki sijil seperti SPM dan STAM.

Pelajar akan menduduki ujian kelayakan terlebih dahulu sebelum dapat memasuki ke Maahad Buuth. Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Sekiranya pelajar tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas.

BACA JUGA :   Keberangkatan pelajar ke Universitas Islam Negeri Sultan Syariff Kasim, Riau Indonesia

Kelas tersebut ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Tempoh pengajian di situ tidak lebih daripada satu tahun. Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Peluang pengajian di Maahad Buuth ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Terutama sekali, bagi pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran. Had umur untuk menempatkan diri di institusi pendidikan ini adalah dari seawal usia 12 tahun sehingga 31 tahun. Sekiranya pelajar berminat, pelajar boleh memohon untuk menyambung pengajian di  Maahad Buuth menerusi Madrasah Daulah.

BACA JUGA :   Sertai Pendaftaran Kursus Bahasa Arab Di Jordan

Pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar yang juga terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

Bagi pelajar yang mahu melanjutkan pengajian tetapi tidak mendapat sebarang tempat di mana – mana universiti. Ini adalah jalan yang terbaik untuk menyambung pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana.  Jika berminat untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang pengajian islam boleh terus mendaftar menerusi Madrasah Daulah.

Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here