Program Madrasah Daulah merupakan sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing pelajar yang menuntut ilmu di Maahad Buuth, Mesir. Peluang pengajian di Maahad Buuth ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan.

Bagi, pelajar seawal usia 12 tahun sehingga 31 tahun dibenarkan untuk menyambung pengajian. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka akan diserap untuk menyambung pengajian di Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir.

Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun. Maahad Buuth merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Jika pelajar tidak mendapat mana – mana tempat untuk melanjutkan pengajian, digalakkan untuk mendaftar dengan Madrasah Daulah. Terutama sekali bagi mereka yang mahu mempelajari ilmu pengajian islam.

BACA JUGA :   Ayuh Sambung Belajar di Luar Negara Dengan Mudah

Seperti yang dijelaskan, pelajar perlu memasuki Maahad Buuth, tetapi untuk memasukinya pelajar perlu menduduki satu ujian kelayakan. Ujian kelayakan tersebut ialah Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini akan menentukan sama ada pelajar akan berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas. Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran.

Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Tempoh pengajian di situ tidak lebih daripada satu tahun.

Sekiranya pelajar tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu.

BACA JUGA :   5 Cara untuk Menjadi Seorang yang Gembira

Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Madrasah Daulah adalah peluang untuk anda meyambung pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Al – Azhar. Jangan lepaskan peluang ini jika pelajar berminat untuk mendalami ilmu pengajian islam. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut, sila layari laman web dan media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here