Madrasah Daulah merupakan sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing pelajar yang menuntut ilmu di Maahad Buuth. Peluang pengajian di Maahad Buuth ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan.

Pelajar seawal usia 12 tahun sehingga 31 tahun dibenarkan untuk menyambung pengajian.  Pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran juga digalakan untuk mendaftar dengan Madrasah Daulah.

Bukan itu sahaja, pelajar yang berminat mahu menyambung pengajian sehingga ke Universiti Al – Azhar juga boleh mendaftar. Sebelum itu, pelajar perlu menamatkan pengajian ke Maahad Buuth. Maahad Buuth merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka akan diserap untuk menyambung pengajian di Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian Di Mesir Menerusi Program Madrasah Daulah.

Ini adalah jalan yang terbaik untuk menyambung pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana. Terutama sekali bagi pelajar yang tidak mendapat sebarang tempat di mana – mana institusi pengajian.

Pelajar akan menduduki ujian kelayakan terlebih dahulu sebelum dapat memasuki ke Maahad Buuth. Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul.

Ujian ini akan menentukan sama ada pelajar akan berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas. Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Tempoh pengajian di situ tidak lebih daripada satu tahun.

Sekiranya pelajar tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu.  Bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

BACA JUGA :   Ketahui Peluang Sambung Belajar Di Rusia Tahun 2021.

Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Madrasah Daulah adalah peluang untuk anda meyambung pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Al – Azhar. Jangan lepaskan peluang ini jika pelajar berminat untuk mendalami ilmu pengajian islam. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut, sila layari laman web dan media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here