Sumber : Adobe

Adobe merupakan syarikat perisian komputer multinasioanal Amerika dan merupakan salah satu syarikat reka cipta grafik yang berjaya. Antara software Adobe yang terkenal adalah Adobe Flash, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Acrobat Reader, Portable Document Format (PDF) dan lain-lain.

Ramai di kalangan kita sekurang – kurangnya pernah menggunakan software Adobe ini. Paling banyak yang dikenali dan digunakan semasa belajar dan bekerja adalah PDF. Tahukah anda syarikat Adobe ini sudah 38 tahun berada dalam industri. Mari ketahui dengan lebih lanjut tentang latar belakang Adobe dan bagaimana syarikat ini boleh menjadi salah satu syarikat gergasi.

Sumber : Adobe

Disember ini genap 38 tahun syarikat Adobe ditubuhkan. John Warnock dan Charles Geschke adalah individu yang menubuhkan syarikat itu dan merupakan shabat baik. Untuk pengetahuan anda, Adobe ditubuhkan pada bulan Disember 1982.

John Warnock dan Charles Geschke, merupakan bekas pekerja Xerox PARC. Mereka meninggalkan Xerox PARC kerana tidak berpuas hati dengan layanan syarikat tersebut dengan idea yang dibentangkan oleh mereka mengenai teknologi PostScript yang menjadi asas kepada proses printing pada ketika ini.

Kebanyakan syarikat gergasi yang terdapat di dunia sekarang semuanya bermula bawah dan garaj merupakan tempat kerja mereka sebelum ia menjadi syarikat gergasi. Adobe juga antara salah satu syarikat yang bermula di garaj, mereka memulakan kerjaya ini di garaj rumah John Warnock.

BACA JUGA :   'Apple Card' - Kad Kredit Keluaran Apple
Sumber : Insight Standord Edu

Hasil kerja mereka mendapat perhatian Steve Jobs yang merupakan CEO Apple pada ketika itu. Steve yang berminat dengan idea dan kerja mereka telah melabur sebanyak USD 2.5 juta ke dalam akaun Adobe.

Ini membolehkan kedua sahabat ini membantu Apple membina LaserWrite pertama. Kemudian, Steve Jobs telah membeli lese perisian yang dibangunkan oleh Adobe untuk kegunaan printer keluaran Apple.

Adobe berjaya mengubah dunia percetakan dengan teknologi yang dibangunkan oleh mereka. Sebelum adanya teknologi ini, percetakan hanya dibuat menggunakan phototypesetting. Percetakan jenis ini menggunakan kos yang sangat tinggi.

Malah, bukan itu sahaja komputer Apple juga merupakan yang pertama yang menggunaka teknologi yang dibangunkan oleh Adobe di dalam dunia percetakan. Teknologi ini telah membuatkan semua orang mampu untuk memilikinya. Jika hendak dibandingkan sebelum hanya syarikat publisher yang ada teknologi printing.

Sumber : Google Image

Kejayaan Adobe boleh dilihat pada awal tahun 1990-an. Ini kerana Adobe telah berkembang dengan pesat dan telah menjadi syarikat yang pertama yang telah memperkenalkan perisian Photoshop. Photoshop membolehkan bagi pereka grafik untuk menggunakan perisian tersebut untuk membuat grafik.

BACA JUGA :   Apple Bakal Lancarkan iPhone Xs & iPhone Xs Plus Hujung Tahun Ini ?

Perisian ini memudahkan kerja pereka grafik kerana sebelum ini kebanyakan pereka grafik menggunakan kaedah manual untuk menghasilkan kerja mereka. Disebabkan kewujudan Photoshop pada awal tahun 1990-an, ia telah mengubah sepenuhnya apa yang perlu dibuat oleh seorang pereka grafik.

Dari tahun ke tahun, Adobe kian berkembang dan membangunkan banyak perisian yang membantu orang ramai. Antaranya ialah Portable Document Format (PDF) yang diperkenalkan pada tahun 1992.

Sumber : Google Image

Walaupun terdapat banyak perkembangan yang dilakukan oleh Adobe. Masih terdapat yang menyatakan produk Adobe mahal di pasaran. Ada juga yang menyatakan mereka sukar untuk berkembang dan tidak mampu untuk menarik perhatian pelanggan.

Melihat kepada ini, Adobe telah menukar model perniagaan mereka pada tahun 2015. Ini telah membuatkan mereka kembali berkembang dengan pesat sekali. Mereka menggunakan tekonogi awan dan kaedah langganan bagi menggantikan kaedah menjual perisian kepada para pelanggan.

Adobe telah berkembang dengan sangat baik dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini dengan perisian tersebut. Adobe masih mendapat keuntungan dan mampun bertahan di sepanjang pandemik yang melanda seluruh negara.

Sumber : Wikipedia, Majalah Libur, Adobe

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here