Madrasah Daulah sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth. Maahad Buuth adalah sama dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Bukan itu sahaja, pelajar yang tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) boleh berdaftar dengan Madrasah Daulah. Pendaftaran juga dibuka kepada pelajar yang bermula dari umur 12 hingga ke 31 tahun tanpa mengira lelaki atau perempuan.
Pihak Madrasah Daulah juga ada menyediakan khidmat konsultan kepada pelajar yang hendak belajar di situ. Khidmat konsultan akan diberikan secara percuma kepada pelajar. Mereka yang telah berjaya untuk berdaftar tidak akan terus masuk ke Maahad Buuth malah mereka akan dimasukkan ke dalam kelas.
Pelajar akan dimasukkan ke kelas sebagai persediaan untuk mereka menduduki Ujian Imtihan Qabul. Ujian tersebut akan menentukan sama ada pelajar berjaya masuk ke Maahad Buuth atau tidak. Kelas tersebut ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran.
  •  Markaz Nile : kelas Bahasa Arab
  • Sanad Tahsinul Quran : kelas khatam 30 juzuk Al-Quran
BACA JUGA :   Tasik Baltik - Tasik Terdalam Dan Terbesar Di Rusia
Tempoh pengajian sepanjang di kelas berkenaan adalah tidak lebih daripada satu tahun.  Pelajar tidak perlu risau kerana, segala ilmu untuk persedian memasuki ke Maahad Buuth akan di ajar di dalam kelas tersebut. Ujian tersebut adalah ujian dalam Bahasa Arab. Pelajar yang melepasi ujian itu akan dimasukkan ke Maahad Buuth.

Maahad Buuth ialah sekolah menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Manakala pelajar yang tidak melepasi ujian itu akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Dirosoh Khossor ialah pra-menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Antara subjek yang akan diajar ialah :
  • Tahfizul Quran
  • Tahsiinul Qur’an
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
BACA JUGA :   Peluang Sambung Belajar Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Veterinar Ada Di Indonesia!
Selepas tamat pengajian di Madrasah Daulah, mereka akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Tempoh pengajian di universiti ini adalah selama 4 tahun dalam peringkat Ijazah Sarjana. Bidang yang ditawarkan ialah Pengajian Islam  yang mempunyai tiga pecahan Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah Islam.
Sekiranya ingin maklumat lebih lanjut sila layari laman web dan media sosial. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here