Mari mendaftar di Program Madrasah Daulah jika pelajar mahu melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian islam.

Para pelajar masih boleh menyertai Program Madrasah Daulah walaupun tidak memiliki sijil seperti SPM dan STAM.

Ini kerana pengajian di  Madrasah Daulah tidak memerluka sijil berikut. Oleh itu, pelajar yang berminat mahu menyambung pengajian di Mesir digalakkan mendaftar menerusi program ini.

Madrasah Daulah ini merupakan sebuah institusi yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth.

Pelajar yang berjaya memasuki Maahad Buuth akan menimba ilmu sama seperti STAM yang terdapat di Malaysia. Hal ini kerana, Maahad Buuth merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Bagi pelajar yang mahu melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana, ini adalah jalan yang terbaik untuk anda.

Peluang pengajian di Maahad Buuth ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran. Had umur untuk menempatkan diri di institusi pendidikan ini adalah dari seawal usia 14 tahun sehingga 21 tahun.

BACA JUGA :   Kelebihan Mendaftar Program Kursus Bahasa Arab Dengan Daulah Educonsult !

Berikut adalah susun atur pengajian di Program Madrasah Daulah.

Untuk pengetahuan pelajar, para pelajar akan ditempatkan di Madrasah Daulah terlebih dahulu sementara menunggu nama naik untuk menduduki ujian kemasukan ke Maahad Buuth.

Sementara menunggu nama naik, pelajar akan mengikuti kelas di Madrasah Daulah sebagai persedian menghadapi ujian kelayakan. Antara subjek yang akan diajar di Madrasah Daulah :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Pelajar perlu menduduki ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth. Ujian kelayakan yang perlu diduduki ialah Ujian Imtihan Qabul. Ianya akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas. Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran.

BACA JUGA :   Pendaftaran Sesi Januari 2021 Universiti Bangladesh

Manakala, pelajar yang tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

Jika pelajar berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka  akan diserap ke Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

Kemasukan ke Program Madrasah Daulah masih dibuka untuk sesi 2021. Sekiranya pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian di Maahad Buuth, segera mendaftar untuk mendapatkan tempat. Pelajar boleh mengisi borang permohonan di bawah.

Borang Permohonan: https://www.cognitoforms.com/DaulahEduconsult/pendaftaranmadrasahdaulahdimesir

Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here