Feri ikonik Pulau Pinang adalah antara daya tarikan di Pulau Pinang. Perkhidmatan feri tersebut adalah perkhidmatan membawa penumpang yang berulang alik daripada bandar George Town di Pulau Pinang dan Butterworth di bahagian semenanjung tanah besar.

Sumber : penangport

Para pelancong yang datang ke Pulau Pinang semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk menaiki feri ikonik tersebut. Meskipun terdapat dua buah jambatan yang telah menghubungkan dua tanah di situ, feri tetap menjadi pilihan pelancong kerana dapat menikmati keindahan pemandangan di tengah laut.

Lebih kurang 20 minit masa yang diperlukan untuk menghabiskan perjalanan daripada Pengkalan Raja Tun Uda ke Pengkalan Sultan Abdul Halim. Di dalam perjalanan, para penumpang boleh mematikan kenderaan dan bersiar-siar ke sekitar feri.

BACA JUGA :   Anda Penggemar Burger? Rasai Keenakan Burger Yang 'Rare' Di Rockstarz Burger, Bayan Lepas

Namun begitu, feri yang boleh menampung penumpang pejalan kaki, motosikal, dan kereta itu akan hanya membenarkan penunggang motosikal dan basikal sahaja menaiki feri tersebut bermula 1 Januari 2021. Bagi pejalan kaki pula, perkhidmatan bot laju akan digunakan. Perkara ini telah diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng pada 15 Disember lalu.

Sumber : penangport

Kereta pula hanya boleh merentasi lautan dengan jambatan yang telah dibina. Rata-rata masyarakat Malaysia menggunakan peluang yang ada untuk menaiki feri Pulau Pinang. Perkara ini mungkin untuk mengabadikan memori bersama feri ikonik Pulau Pinang yang telah banyak berjasa.

Dengan adanya pengumuman tersebut, masyarakat rata-ratanya membantah dengan keras keputusan untuk menghentikan operasi feri ikonik yang dikatakan sebagai bersejarah buat negara Malaysia.

BACA JUGA :   Manis-Manis Pedas Gani Pasembur, Sekali Terkena Mesti Terkenang Selalu

Akan tetapi, setelah dijelaskan mengenai kos perbelanjaan dan perancangan untuk masa hadapan, ramai yang mula memahami tindakan SPPP. Dengan situasi COVID-19 yang masih belum reda, adalah lebih baik sekiranya naik taraf dilakukan sekarang.

Antara perubahan yang akan berlaku selepas 1 Januari 2021 ialah :

  1. Penutupan sementara Pengkalan Raja Tun Uda untuk urusan naik taraf.
  2. Operasi feri/ bot laju akan dipindahkan ke dermaga Swttenham.
  3. Perkhidmatan feri/ bot laju hanya disediakan kepada penunggang motosikal/ basikal dan pejalan kaki sahaja.
  4. Kereta hanya boleh menyeberang menggunakan jambatan sahaja.

Sumber :  Sinar Harian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here