Adakah anda mengetahui terdapat perkhidmatan e-hailing selain daripada GrabCar dan MyCar? Jika tidak, teruskan membaca artikel ini.

Safer adalah sebuah syarikat perkhidmatan yang ditubuhkan sepenuhnya oleh rakyat bumiputera. Tidak hanya itu, Safer menawarkan lebih dari satu perkhidmatan di dalam aplikasi Safer.

Perkhidmatan e-hailing di dalam aplikasi Safer digelar sebagai Safer Ride. Apakah yang terdapat pada Safer Ride?

Safer Ride menawarkan perkhidmatan menghantar penumpang ke satu destinasi ke destinasi yang lain. Tidak hanya itu, Safer Ride mempunyai pelbagai kategori kenderaan yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian bajet anda.

Kategori Safer Ride

  1. SaferGo

Kategori ini menggunakan kenderaan kelas biasa yang boleh memuatkan kapasiti penumpang sehingga 4 orang. Kenderaan yang digunakan adalah seperti kereta Myvi, Axia, Nissan dan beberapa kereta yang mempunyai ciri yang serupa.

2. SaferGo Xtra

Kategori ini menggunakan kenderaan kelas biasa juga akan tetapi ianya boleh memuatkan sehingga 6 orang penumpang di dalam satu-satu masa. Kenderaan yang ditawarkan adlah seperti Alza, Exora, dan pelbagai jenis kenderaan lagi.

3. Safer Gold

Safer Gold menawarkan penggunaan kenderaan mewah seperti BMW, Mercedes dan lain-lain. Kapasitinya adalah ternad kepada 4 orang penumpang dalam satu-satu masa. Jika anda ingin merasai untuk menaiki kenderaan mewah, anda boleh cuba perkhidmatan ini.

BACA JUGA :   Pencarian Rider konsultan Untuk Safer Food

4. Safer Indulge

Perkhidmatan kategori ini adalah sesuai untuk mereka yang mahu menempah untuk memuatkan sehingga 7 orang penumpang. Kenderaan ini adalah kenderaan kelas premium seperti Vellfire, Alphard, Mercedes V 220D dan lain-lain.

5. Safer Swift

Jika anda berminat untuk menaiki kenderaan tanpa perlu mengharungi kesesakan di atas jalan raya, Safer Swift patut menjadi pilihan. Kenderaan beroda dua akan digunakan untuk mengambil dan menghantar penumpang pada satu-satu masa.

Peluang pekerjaan dengan Safer

Tambahan daripada itu, jika anda ingin menjadi sebahagian daripada rakan pemandu dan rakan penghantar Safer. Anda boleh mendaftarkan diri mengikut kategori rakan pemandu  atau rakan penghantar. Anda juga boleh menjadi kedua-duanya jika anda mempunyai syarat kelayakan yang ditetapkan.

Pencarian rakan pemandu dan rakan penghantar Safer masih berlangsung. Jika anda mempunyai masa yang terluang atau ingin mencari pendapatan yang lebih, anda juga boleh mendaftar.

Antara syarat yang perlu ada pada seorang rakan pemandu Safer adalah :

  • Memiliki lesen memandu yang sah
  • Tahun buatan kenderaan 2011 keatas
  • Memiliki lesen PSV
  • Mempunyai telefon pintar yang berfungsi dengan baik berserta akses internet
BACA JUGA :   Safer Delivery Partner & Driver Bantu Jana Pendapatan Sampingan

Syarat bagi rakan penghantar Safer pula adalah :

  • Memiliki lesen memandu yang sah
  • Tiada kekangan tahun buatan kenderaan
  • Memiliki kenderaan seperti kereta, motosikal, pick-up truck, van atau sebagainya.
  • Mempunyai telefon pintar yang berfungsi dengan baik berserta akses internet

Jika anda memenuhi syarat-syarat di atas, anda boleh mendaftar sebagai rakan pemandu atau rakan penghantar di http://tinyurl.com/ycetm3vh. Anda juga perlu memuat turun aplikasi Safer setelah akaun pemandu atau penghantar anda diaktifkan.

Untuk pengguna iOS : https://apple.co/2ZvyNeX
Untuk pengguna android : https://bit.ly/2yp8ADH

Anda akan memperoleh pendapatan aktif dan pasif sekiranya anda mendaftar bersama Safer. Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada rakan pemandu dan penghantar Safer.

Jika anda mempunyai pertanyaan berkenaan perkhidmatan Safer atau berkenaa  dengan peluang pekerjaan dengan Safer, anda boleh klik pautan di bawah.

Laman Web Rasmi : https://www.safer.my/
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here