Industri penternakan arnab di Malaysia masih kurang jika hendak dibandingkan dengan penternakan haiwan yang lain. Sudah ramai yang menerima tentang arnab sebagai sumber daging dan makanan. Walaupun begitu, penternak arnab di Malaysia masih kurang dan permintaan daging arnab pula kian meningkat.
Malah, ada juga penternak arnab yang bermula menternak arnab sebagai hobi sahaja. Sebelum ini juga terdapat kisah yang keluar di berita dan media sosial, di mana tentang penternak yang bermula dari hobi dan meningkat naik menjadi kerjaya.
Hal ini sangat memberansangkang, ini kerana semakin ramai yang akan menyedari tentang kelebihan yang ada pada arnab. Malah, bukan sahaja penternakan arnab semakin meningkat, penternak juga boleh memenuhi kehendak pelanggan mereka.
Selain itu, ini merupakan peluang bagi para peniaga, pihak restoran dan pengemar arnab untuk mendapatkan bekalan daging arnab daripada penternak. Daging arnab boleh di masak pelbagai jenis makanan, ini termasuklah sate, rendang, kari dan sebagainya. Pelbagai makanan dapat dihasilkan kerana ada yang mengatakan bahawa tekstur daging arnab adalah seperti ayam.
Apa yang membezakan daging arnab dan ayam adalah kandungan protein, mineral dan vitaminnya. Untuk pengetahuan anda dalam banyak – banyak daging ternakan yang lain, daging arnab adalah yang paling berkhasiat. Ia juga mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi daripada daging ternakan yang lain.
Bukan itu sahaja, daging arnab kaya dengan vitamin B12 dan mineral, malah kandungan kolesterol dan lemak juga rendah. Disebabkan kandungan lemak serta kolesterol dalam daging arnab adalah rendah, ramai yang memilih daging arnab dalam diet makanan mereka.
Jika anda mahu mendapatkan bekalan daging arnab, bebola daging serta burger daging, anda boleh menghubungi Syarikat Arnab Daulah. Syarikat Arnab Daulah bukan sahaja membekalkan produk makanan arnab. Baja, urineĀ serta bulu arnab juga ada di syarikat Arnab Daulah.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari laman web Arnab Daulah. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian ini 013 2090322 – Tuan Syed.