Menerusi laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes positif COVID-19 yang telah dicatatkan semalam ialah sebanyak 93 309 kes. Kes baharu yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 1340 kes. Ini telah menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan  COVID-19 kepada 15 563.

Walaupun kes positif yang dicatatkan adalah tinggi, kes pulih juga berada di angka tinggi. Kes pulih yang telah direkodkan pula ialah sebnayak 1067 kes. Jumla kes pulih di Malaysia telah mencecah sebanyak 77 309 kes.

Menurut , Kenyataan Akhbar KPK, KKM negeri Selangor mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu sebanyak 441 kes. Diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (284 kes) dan negeri Sabah (196 kes).

Daripada laporan KKM, sehingga 20 September ini terdapat sebanyak 443 kluster telah dilaporkan termasuk. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 244 kluster termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Saga, Kluster Tatahan dan Kluster Sakti di Sabah.

BACA JUGA :   Amalan Kesihatan Untuk Sistem Penghadaman Yang Sihat!

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 199 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Metropolis (140 kes), Kluster Ceram (107 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (58 kes).

Kluster Tapak Bina Metropolis merupakan kluster baharu yang direkodkan. Kluster ini melibatkan daerah Kepong di Kuala Lumpur. Kes ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Disember 2020 melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Didapati sejumlah 481 individu telah disaring, di mana 147 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Situasi banjir yang melanda Terengganu, Kelantan dan Pahang sangat berbahaya dengan pandemik yang melanda. Ia menjadi berbahaya jika tidak mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.

BACA JUGA :   Pelajar IPT Perlu Lalui Prosedur Ketat Untuk Pulang Menyambut Aidilfitri.

Ini berikutan dengan situasi negara masih dilanda pandemik COVID-19, keadaan yang sesak seperti di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) boleh meningkatkan risiko bagi penularan penyakit.

Sehubungan dengan itu, pematuhan kepada SOP dan amalan norma baharu oleh semua mangsa banjir di PPS perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua agensi yang terlibat.

KKM menyarankan untuk semua mestilah mengelakkan 3S/3C. Elakkan berada di tempat sesak, elakkan juga berada di tempat sempit dan elakkan untuk bersembang pada jarak dekat. Selain itu, anda mestilah mengamalkan 3W.

  • Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
  • Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
  • Beri amaran (warn) seperti ;
    • Amalkan etika batuk dan bersin,
    • Elak kunjung mengunjungi,
    • Dapatkan rawatan jika bergejala dan
    • Sanitasi tempat yang kerap disentuh.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here