Kes COVID-19 pada 1 Disember masih di angka seribu iaitu sebanyak 1472 kes. Bilangan kes ini meningkat disebabkan oleh penularan virus yang melibatkan Kluster Teratai di tempat kerja/ tapak pembinaan. Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebilangan besar jumlah kes semalam adalah berpunca darupada Kluster Teratai iairu sebanyak 778 kes.
Bukan itu sahaja negeri Selangor juga mencatatkan jumlah kes yang tinggi iaitu sebanyak 891 kes. Kluster Teratai yang telah dikesan pada 7 November 2020 lepas, telah merekodkan sejumlah 6603 individu yang telah disaring untuk COVID-19.
Daripada kenyataan akhbar KPK, jumlah kes positif COVID-19 daripada individu yang telah disaring adalah sebanyak 5056 kes daripada 6603. Didapati juga sebanyak 1501 kes adalah negatif COVID-19 dan 46 individu masih menunggu keputusan.
Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob telah mengumumkan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Tindakan ini disambut baik oleh KKM.
Ianya berikutan dengan peningkatan kes yang berlaku yang melibatkan kluster tapak pembinaan dan kilang. PKPD tersebut di lakukan di asrama pekerja kilang yang bermula pada 1 Disember 2020 sehingga 14 Disember 2020.
Menerusi laporan KKM, majikan yang berkenaan telah diarahkan untuk menghentikan segala operasi. Malah, melakukan menutup kilang secara berperingkat serta menjalankan saringan kepada semua pekerja mereka. Anggota-anggota kesihatan juga telah digerakkan sejak awal lagi ke kawasan yang terlibat bagi membantu segala aktiviti kawalan dan pencegahan.
Walaupun kes COVID-19 yang direkodkan tinggi, kes pulih yang telah dicatatkan juga berada di angka tinggi iaitu sebanyak 1552 kes. Ribuan terima kasih diucapkan untuk semua frontliner di atas jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan dalam menghentikan penularan virus ini.
KKM menyarankan untuk semua mestilah mengelakkan 3S/3C. Elakkan berada di tempat sesak, elakkan juga berada di tempat sempit dan elakkan untuk bersembang pada jarak dekat. Selain itu, anda mestilah mengamalkan 3W.
- Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
- Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
- Beri amaran (warn) seperti ;
- Amalkan etika batuk dan bersin,
- Elak kunjung mengunjungi,
- Dapatkan rawatan jika bergejala dan
- Sanitasi tempat yang kerap disentuh.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)