Kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 2062 kes pada 22 Disember 2020. Kebelakangan ini kes COVID-19 yang telah direkodkan masih 4 angka. Peningkatan kes berlaku berikutan dengan kes yang telah dilaporkan di Selangor.

Menerusi laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes di Selangor telah mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 1014 kes dan diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sebanyak 504 kes. Kes baharu yang melibatkan kluster – kluster di Selangor adalah sebanyak 736 kes daripada jumlah 1014.

Daripada laporan tersebut, didapati 8 kluster baharu telah dilaporkan semalam. 6 daripada kluster tersebut adalah kluster tempat kerja. 8 kluster tersebut ialah seperti berikut ;

  1. Tapak Bina Residen, KL (tempat kerja)
  2. Tampoi Jaya, Johor (tempat kerja)
  3. Bukit Naga, Selangor (tempat kerja)
  4. Rapat, Perak (tempat kerja)
  5. Tapak Bina Kasih, KL (tempat kerja)
  6. Tapak Bina sinar View, KL (tempat kerja)
  7. Pasar Baru, Selangor
  8. Paginatan, Sabah
BACA JUGA :   Prototaip Kereta Terbang Malaysia Pertama!

Penambahan 8 kluster ini telah menjadikan jumlah kluster yang telah dilaporkan adalah sebanyak 459 kluster. Daripada jumlah tersebut, 253 kluster telah dilaporkan tamat. Menerusi laporan KKM, kluster – kluster yang telah dilaporkan berlaku peningkatan adalah kluster Kluster Tapak Bina Residen (294 kes), Kluster Pasar Baru (270 kes) dan Kluster Seruling (221 kes).

Berdasarkan laporan tersebut, ini telah menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia menjadi 97 389 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 17 646 kes. Walaupun berlaku peningkatan, jumlah kes pulih COVID-19 juga berada di angka tinggi iaitu sebanyak 911 kes.

Disebabkan itu, semua rakyat mestilah mematuhi segala arahan dan nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan KKM. Hal ini berikutan dengan kes yang terus meningkat.

BACA JUGA :   Cara Mudah Untuk Sambung Belajar di Luar Negara.

Penjagaan jarak sosial dan juga patuhi SOP yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja, kita juga mestilah mengamalkan amalan 3W dan elakan 3S/3C. Patuhi segala arahan bagi memutuskan rantaian COVID-19 ini.

Mengelakkan Diri Dari 3S/3C :

  • Elakkan berada di tempat sesak,
  • Elakkan juga berada di tempat sempit
  • Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat.

Mengamalkan 3W.

  • Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
  • Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
  • Beri amaran (warn) seperti ;
    • Amalkan etika batuk dan bersin,
    • Elak kunjung mengunjungi,
    • Dapatkan rawatan jika bergejala dan
    • Sanitasi tempat yang kerap disentuh.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here