Pendaftaran kemasukan ke Madrasah Daulah oleh Daulah Educonsult telah dibuka bagi sesi 2021. Kemasukan terdekat adalah pada Januari dan Februari 2021 ini. Jika anda berminat untuk menyambung pelajaran di dalam bidang pengajian Islam di Mesir, silakan membaca dengan lebih lanjut.

Madrasah Daulah adalah program untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar tanpa memerlukan apa-apa sijil. Pendaftaran adalah terhad bagi setiap sesi kemasukan. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

Di Madrasah Daulah, pelajar akan belajar dengan lebih lanjut dalam Bahasa  Arab dan terdapat pelbagai lagi pelajaran seperti :

? Tahfizul Qur’an
? Qur’an
? Dalaman
? Umum
? Program Study Tour
? Pengajian Bahasa Arab
? Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Pelajar akan menetap untuk belajar di Madrasah Daulah sebelum menunggu nama naik untuk mengambil ujian. Ujian tersebut adalah Ujian Imtihan Qabul.

BACA JUGA :   Kenali Destinasi Pelancongan Dan Pendidikan Di Turki

Pelajar yang lulus ujian ini dengan cemerlang akan terus diserap masuk ke dalam Maahad Buuth. Namun begitu, jika anda tidak mendapat keputusan yang baik, anda akan ditempatkan di tempat persediaan pelajar, Dirosah Khossoh.

Di Maahad Buuth anda akan belajar seperti pelajar biasa kerana Maahad Buuth merupakan sekolah menengah bertaraf antarabangsa yang menempatkan pelajar-pelajar dari pelbagai negara. Maahad Buuth berada di bawah pantauan Institusi Ilmu Al-Azhar Asy-Syariff.

Pelajar yang masuk ke Maahad Buuth akan belajar secara percuma kerana yuran pengajian akan ditanggung sepenuhnya oleh Universiti Al-Azhar. Pelajar hanya perlu menyediakan kos untuk membeli barang pengajian dan kos untuk kegunaan seharian di sana.

Jika anda mendaftar menerusi Madrasah Daulah, bidang pengajian yang anda boleh pilih untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar ialah Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah Islamiah. Bidang pengajian yang ditawarkan adalah untuk memperoleh sijil Ijazah Sarjana Muda lulusan Universiti Al-Azhar. Anda juga tidak memerlukan keputusan SPM atau STAM jika mendaftar di bawah program Madrasah Daulah.

BACA JUGA :   Bukan Sekadar Padang Pasir Tandus Biasa

Pendaftaran ini tidak terhad kepada lelaki atau perempuan. Jika anda berumur lingkungan 12 ke 21 tahun dan mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar di dalam bidang pengajian Islam di Mesir, anda boleh isi borang pendaftaran di pautan https://bit.ly/2NKhn8L .

Setelah anda mendaftar, konsultan Daulah Educonsult akan menghubungi anda untuk mengetahui maklumat anda dengan lebih lanjut. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Madrasah Daulah pula, anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.

? 011-26049599 (Konsultan satu)
? 011-11516720 (Konsultan dua)
? 013-2090322 (Konsultan utama)
☎️ 03- 92851322 (Nombor pejabat)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here