Daftar segera jika pelajar mahu menyambung pengajian di Mesir. Bagi pelajar yang berminat mahu mendalami ilmu pengajian islam digalakkan mendaftar menerusi Program Madrasah Daulah. Madrasah Daulah merupakan sebuah institusi yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth.

Maahad Buuth pula merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM yang terdapat di Malaysia.

Pelajar akan ditempatkan di Madrasah Daulah sebelum nama dipanggil untuk menduduki ujian kemasukan ke Maahad Buuth.

Para pelajar akan mengikuti kelas di Madrasah Daulah sementara menunggu nama dipanggil. Kelas ini adalah sebagai persedian untuk pelajar menghadapi ujian kelayakan.

Antara subjek yang akan diajar di Madrasah Daulah Tahsinul Quran, Tahfizul Quran, Talaqqi Dalaman, Pengajian Bahasa Arab, Pengajian Umum, Program Study Tour dan Talaqqi Kitab Bersama Syeikh.

BACA JUGA :   Peluang Sambung Belajar Di Indonesia Tahun 2021 Menerusi Daulah Educonsult

Seperti yang telah dijelaskan, pelajar akan menduduki ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas.

Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran.

Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ianya akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Jika pelajar yang tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor.

Bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

BACA JUGA :   Hasilkan Pelindung Muka untuk Barisan Hadapan - Proton

Jika pelajar berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Mereka akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

Peluang pengajian dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar seawal usia 12 tahun sehingga 21 tahun boleh memohon untuk mendaftar di Program Madrasah Daulah.

Kemasukan ke masih dibuka dan pelajar boleh mendaftar dengan menekan borang permohonan di bawah.

Borang Permohonan: https://www.cognitoforms.com/DaulahEduconsult/pendaftaranmadrasahdaulahdimesir

Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here