Jangan lepaskan peluang untuk melanjutkan pengajian bidang perubatan di Kursk State Medical University secara online di Malaysia.
Daulah Educonsult menawarkan kepada mereka yang mahu menyambung pengajian untuk sesi 2021. Selain daripada Rusia, Daulah Educonsult turut menawarkan pengajian di Indonesia, Poland, Mesir, Bangladesh dan Turki.
Kursk State Medical University merupakan salah satu universiti terkemuka yang terdapat di Rusia.
Antara bidang perubatan yang ada di Kursk State Medical University ialah bidang pra – perubatan, perubatan dan gerontologi.
Pandemik yang melanda seluruh dunia ini bukan penghalang untuk pelajar terus sambung belajar. Kebanyakan universiti di luar negara sudah membuka peluang untuk pelajar antarabangsa mereka menyambung terus semester secara online disebabkan tidak mahu mereka ketinggalan.
Kursk State Medical University telah menerapkan cara pembelajaran yang sistematik. Walaupun pelajar berada di Malaysia tetapi waktu kelas adalah berjalan seperti biasa dari jam 3 petang ke 8 malam waktu Malaysia.
Bukan itu sahaja, setiap kelas secara keseluruhannya akan di uruskan oleh pensyarah subjek. Para pelajar akan belajar di dalam kumpulan yang kecil iaitu dari 8 ke 10 orang untuk satu kumpulan.
Bagi teknik pengajian adalah kajian kes bersama profesor dan juga penggunaan nota. Proses pembelajaran untuk pengajian online penting untuk pelajar memberi sepenuh tumpuan perhatian semasa belajar.
Ini kerana pelajar akan lebih kepada melakukan perbincangan bersama dan penglibatan pelajar pada setiap perbincangan amat penting jika belajar di Kursk State Medical University.
Kursk State Medical University ditubuhkan pada tarikh 7 Februari 1935. Kursk State Medical University juga merupakan universiti yang pertama yang telah menawarkan program latihan perubatan di dalam bahasa Inggeris. Malah, Kursk State Medical University adalah yang pertama untuk membuka pejabat perwakilannya di Malaysia.
Ia juga merupakan salah sebuah universiti yang terkemuka dalam bidang pengajian perubatan di Rusia. Di Kursk State Medical University telah lahir lebih daripada 40 ribu doktor, ahli farmasi dan profesional kesihatan yang laintelah dilatih selama 85 tahun universiti ini ditubuhkan.
Pelajar tidak perlu risau kerana KSMU telah mendapat pengiktirafan daripada ;
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
- Majlis Pergigian Malaysia (MDC)
- Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
- Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
- Majlis Veterinar Malaysia (MVC)
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk pelajar yang berminat untuk memohon menyambung pengajian di sini.
- SPM/IGCSE – Minimum lulus dalam semua subjek sains.
- STPM, Matrikulasi & Asasi – CGPA 3.0 dalam subjek sains.
- Diploma – CGPA 3.0
Universiti lain yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult di Rusia selain daripada Kursk State Medical University ialah :
- Privolzhsky Research Medical University
- Volvograd State Medical University
- Moscow Aviation Institute
- Saint Petersbug University
Jika pelajar mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat dengan lebih lanjut. Sila hubungi talian di bawah dan layari laman web serta media sosial kami.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)