Maahad Buuth merupakan sekolah menengah Islam antarabangsa yang terletak di Mesir. Sekolah ini memiliki peringkat pendidikan sehingga ke tingkatan enam. Tidak hanya itu, Maahad Buuth adalah sebuah sekolah yang telah dikelolakan oleh Institusi Ilmu Al-Azhar Asy Syariff.

Oleh yang demikian, bagi pelajar lepasan Maahad Buuth, mereka boleh memilih untuk terus melanjutkan pelajaran di dalam bidang pengajian Islam ke Universiti Al-Azhar.

Di Maahad Buuth, pelajar akan belajar subjek-subjek aliran biasa di samping menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Namun pada kebiasaannya, tenaga pengajar sering menggunakan Bahasa Arab sewaktu mengajar. Para pelajar juga akan diasingkan mengikut jantina. Jadi para pelajar akan kurang bergaul dengan pelajar lain yang berlainan jantina.

Dengan kegunaan Bahasa Arab yang luas, para pelajar perlu untuk mendaftar sebagai pelajar di Madrasah Daulah terlebih dahulu. Untuk masuk ke Maahad Buuth, ianya tidak mudah kerana penguasaan tahap Bahasa Arab akan dinilai.

Wujudnya program Madrasah Daulah adalah untuk pelajar membuat persediaan sebelum memasuki Maahad Buuth. Pelajar di Madrasah Daulah akan belajar berkaitan Bahasa Arab dan beberapa aktiviti lain yang boleh membantu dalam persediaan pelajar memasuki Maahad Buuth.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian Di Universitas Sumatera Utara Sesi September 2021.

Antara aktiviti yang akan diikuti oleh pelajar ialah :

? Tahfizul Qur’an
? Tahsinul Qur’an
? Talaqqi Dalaman
? Pengajian Umum
? Program Study Tour
? Pengajian Bahasa Arab
? Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Untuk menjadi pelajar di Maahad Buuth, pelajar perlu untuk menduduki Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini akan memanggil nama pelajar untuk menguji tahap penguasaan Bahasa Arab pelajar. Pelajar yang lulus dengan cemerlang di dalam ujian ini akan diserap terus ke Maahad Buuth.

Bagi pelajar yang kurang cemerlang, pelajar akan diserap ke dalam Dirosah Khossoh iaitu sekolah pra-menengah. Di sini, pelajar akan membuat persediaan secara berterusan dalam masa yang sama meningkatkan penguasaan Bahasa Arab. Setelah mendapati pelajar layak semasa ujian mengikut peringkat, pelajar akan dimasukkan terus ke Maahad Buuth.

BACA JUGA :   Maahad Buuth Buka Peluang Belajar Tanpa Sijil SPM & STAM

Dengan menjadi pelajar lepasan Maahad Buuth, pelajar akan terus boleh melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar. Para pelajar boleh memilih antara tiga bidang pengajian Islam iaitu Pengajian Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah Islamiyah.

Jika anda berminat untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang pengajian Islam di Mesir, anda boleh membuat pendaftaran bersama Daulah Educonsult. Daulah Educonsult akan membantu dalam menguruskan pelajar yang mahu mendaftar menerusi program Madrasah Daulah.

Pelajar lelaki dan perempuan boleh mendaftar dan perlu berumur sekitar 12 hingga 21 tahun. Tiada sijil pelajaran daripada Malaysia yang diperlukan untuk menyertai program Madarasah Daulah ini.

Jika berminat, anda boleh mengisi borang pra-pendaftaran dan konsultan Daulah Educonsult akan menghubungi anda di dalam waktu yang terdekat. Pra-pendaftaran boleh dilakukan di https://bit.ly/2NKhn8L.

Sebarang pertanyaan lanjut atau maklumat anda boleh dapatkan di :

Daulah Medic : https://daulahmedic.com/
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Nombor Pejabat Daulah Educonsult : 03-92851322
Nombor Konsultan Daulah Educonsult : 018-9624322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here