Pengajian di Maahad Buuth merupakan peluang untuk pelajar sambung pengajian sehingga ke Universiti Al-Azhar. Ini kerana Maahad Buuth merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Malah, pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM yang terdapat di Malaysia. Sejurus tamat pengajian di Maahad Buuth, pelajar berpeluang untuk melanjutkan pengajian sehingga ke Ijazah Sarjana. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

Pelajar yang berminat mahu menyambung pengajian sehingga ke Universiti Al – Azhar digalakkan mendaftar menerusi Program Madrasah Daulah. Madrasah Daulah ini merupakan sebuah institusi yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth.

Pengajian di Maahad Buuth dibuka bagi mereka yang berminat bagi mendalami ilmu pengajian islam. Pelajar masih boleh menyertai Program Madrasah Daulah walaupun tidak memiliki sijil seperti SPM dan STAM.

Para pelajar perlu menduduki ujian kelayakan terlebih dahulu sebelum dapat memasuki Maahad Buuth. Pelajar akan ditempatkan di Madrasah Daulah terlebih dahulu sementara menunggu nama naik untuk menduduki ujian kemasukan tersebut.

BACA JUGA :   Kemasukan Ke Universiti Di Indonesia Bersama Daulah Educonsult

Pelajar akan mengikuti kelas di Madrasah Daulah sebagai persedian menghadapi ujian kelayakan. Antara subjek yang akan diajar di Madrasah Daulah :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth. Bagi pelajar yang tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu.

Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas. Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran.

  • Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala
  • Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran.
BACA JUGA :   Bercita-cita untuk menjadi seorang doktor? Jom lanjutkan pengajian ke bidang perubatan di Rusia

Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam. Peluang pengajian di Maahad Buuth ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan.

Pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran. Had umur untuk menempatkan diri di institusi pendidikan ini adalah dari seawal usia 14 tahun sehingga 21 tahun.

Program Madrasah Daulah masih membuka pendaftaran bagi pelajar yang mahu memohon. Sesi kemasukan ialah pada 2021. Sekiranya pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian di Maahad Buuth, segera mendaftar untuk mendapatkan tempat.

Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here