Anda mahu menyambung pelajaran dengan lebih mendalam dalam bidang pengajian Islam? Jika anda menepati syarat yang yang ditetapkan, anda juga boleh menjadi graduan daripada Universiti Al-Azhar.

Pelajar Madrasah Daulah

Program Madrasah Daulah adalah jalan lain buat anda yang betul-betul berminat untuk menyambung pelajaran dalam pengajian Islam. Anda tiada sebarang sijil pelajaran seperti SPM atau STAM? Tidak mengapa, anda sememangnya boleh memohon. Permohonan kini boleh dibuat menerusi Daulah Educonsult.

Apa yang anda akan belajar di Madrasah Daulah? Di Madrasah Daulah, anda akan belajar subjek Bahasa Arab dengan lebih mendalam dan beberapa subjek lain. Subjek tersebut meliputi :

? Tahfizul Qur’an
? Tahsinul Qur’an
? Talaqqi Dalaman
? Pengajian Umum
? Program Study Tour
? Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Para pelajar akan melakukan persiapan diri di Madrasah Daulah sehingga nama dipanggil untuk menjalani Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini merupakan ujian untuk melihat kemampuan pelajar dalam Bahasa Arab. Perkara ini adalah penting kerana pelajar akan belajar sepenuhnya di dalam Bahasa Arab.

Daripada ujian ini, pelajar akan dinilai mengikut prestasi. Jika pelajar lulus dengan cemerlang, pelajar akan terus diserap masuk ke dalam Maahad Buuth. Namun begitu, bagi pelajar yang mendapatkan keputusan yang kurang cemerlang, pelajar akan diserap masuk ke Dirosah Khossoh.

BACA JUGA :   Kursk State Medical University Tawarkan Pengajian Di Bidang Perubatan.

Perbezaan kedua-dua tempat tersebut ialah Maahad Buuth adalah sekolah peringkat menengah dan Dirosah Khossoh pula adalah sekolah berperingkat pra-menengah. Anda akan diberikan persediaan rapi di Dirosah Khossoh supaya dapat memasuki Maahad Buuth.

Di Maahad Buuth pula, pelajar akan belajar seperti pelajar biasa dengan rakan sekelas yang datang dari pelbagai negara lain. Hal ini kerana Maahad Buuth adalah sekolah menengah antarabangsa yang menempatkan pelajar-pelajar yang datang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar.

Para pelajar akan belajar subjek-subjek yang telah ditetapkan dan menjalani beberapa ujian untuk melihat tahap penguasaan pelajaran. Mesir yang masih menggunakan sistem lompat ini membuatkan pelajar akan belajar dengan rakan sekelas yang berbeza lingkungan umur.

Perkara ini terjadi oleh sebab prestasi pelajar dinilai lebih tinggi berbanding nilai umur pelajar. Anda mungkin boleh menjadi di kalangan pelajar yang paling muda atau anda juga mungkin boleh menjadi antara pelajar yang paling tua.

BACA JUGA :   Kemasukan Jun & September di Universiti Luar Negara

Tidak cukup dengan itu, yuran bagi sesi pembelajaran di Maahad Buuth adalah ditanggung sepenuhnya oleh Institut Al-Azhar. Pelajar hanya perlu membawa buku teks dan menyediakan wang untuk keperluan harian sahaja.

Pelajar akan belajar sehingga tamat persekolahan tingkatan enam di Maahad Buuth. Setelah itu, pelajar akan diserap masuk ke Universiti Al-Azhar untuk menyambung pengajian ke peringkat Sijil Ijazah Sarjana Muda.

Antara syarat kelayakan adalah :

  • Berumur 12 sehingga 22 tahun
  • Mempunyai keinginan yang tinggi untuk menuntut ilmu
  • Terbuka kepada lelaki dan perempuan

Jika anda berminat dan menepati ciri-ciri di atas, anda boleh mendaftarkan diri menerusi borang pra-pendaftaran di sini. Namun, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan konsultan Daulah Educonsult di :

Facebook Madrasah Daulah : Madrasah Daulah | Facebook
Facebook Daulah Educonsult : Daulah Educonsult | Facebook
Laman Web Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Nombor Khidmat Pelanggan : 018-9624322
Nombor Pejabat : 03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here