Anda sangat berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sains kesihatan? Tidak mahu hanya belajar di Malaysia dan ingin belajar di luar negara? Anda berada di tempat yang betul.

Daulah Educonsult dapat membantu anda dalam membuat pilihan ke mana anda harus pergi. Universiti-universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult di dalam bidang sains kesihatan ini adalah yang terbaik.

Antara negara yang menawarkan tempat di dalam bidang sains kesihatan ialah :

? Rusia
? Indonesia
? Bangladesh
? Poland
? Mesir dan lain-lain

Akan tetapi, apakah universiti terbaik yang boleh anda menempatkan diri untuk belajar berkenaan sains kesihatan?

  1. Kursk State Medical University (KSMU)

Universiti yang terletak di Rusia ini telah melahirkan ramai graduan berijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan. Universiti awam di Rusia ini adalah antara pilihan terbaik yang mampu untuk merealisasikan impian anda untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan.

Tidak hanya kepada lepasan diploma, asasi, dan setaraf, anda yang mempunyai keputusan percubaan SPM juga boleh mendaftar. Keterbukaan sistem di KSMU ini menjadikan ramai pelajar daripada seluruh negara menempatkan pelajar mereka di sana.

BACA JUGA :   Kenali Universiti Di Luar Negara Yang Menawarkan Bidang Veterinar.

2. Universitas Sumatera Utara (USU)

Universiti ini terletaknya di Medan, Indonesia. Jika anda ingin meluaskan pandangan anda kepada negara Indonesia, anda boleh memohon ke universiti ini. USU menawarkan bidang di dalam cabang sains kesihatan seperti perubatan, farmasi dan pergigian.

Jika anda tidak mahu berjauhan daripada keluarga, anda boleh memohon untuk mendaftar bersama Daulah Educonsult untuk mendapatkan tempat di universiti Indonesia ini.

3. Dhaka Medical College

Jika dilihat pada namanya sahaja sudah menunjukkan bidang perubatan yang ditawarkan di universiti ini. Dhaka Medical College terletak di Dhaka, Bangladesh. Anda mungkin mampu untuk menjadi doktor yang baik kerana Dhaka Medical College menawarkan latihan praktikal yang bersesuaian dengan kerjaya sebagai seorang doktor.

BACA JUGA :   Patut ke Pelajar Kuasai Bahasa Asing? Apa Kelebihannya?

4. Medical University of Warsaw

Universiti ini terletaknya di Warsaw, Poland. Jika anda ingin menjejakkan kaki ke Poland, anda boleh menjadi sebahagian daripada pelajar yang menuntut di sana. Medical University of Warsaw menawarkan bidang perubatan yang boleh anda pilih sebagai tempat untuk mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan.

Pelbagai lagi universiti yang boleh dipilih. Anda boleh mendapatkan segala maklumat berkenaan sambung pelajaran di luar negara di Daulah Educonsult. Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu anda penuhi untuk menjadi seorang penuntut di universiti-universiti tersebut.

Antara syarat kelayakan umum adalah:

?? Bagi lepasan SPM/IGCSE/O-Level dan setaraf: Minimum B untuk semua subjek sains.

?? Bagi lepasan STPM/Diploma/Asasi/A-Level dan setaraf: Minimum CGPA 3.0.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi konsultan kami di talian :

No. Pejabat :  03-92851322
Konsultan 1 : 018-9624322
Konsultan 2 : 018-2429322
Konsultan utama : 013-2090322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here