Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini sedang menjalankan pembelajaran secara dalam talian. Perkara ini masih berlanjutan daripada Mac awal tahun ini. Para pelajar kini menjalani kelas secara dalam talian menerusi laman web atau aplikasi Google Meet, Webex dan sebagainya.

Pelajar yang menjalani pembelajaran secara dalam talian sering tertanya-tanya bilakah mereka akan kembali ke kampus. Tidak hanya pelajar yang sedia ada, bagi pelajar IPT yang baharu sahaja mendaftar juga mempunyai pemikiran yang sama. Mereka dikira masih belum lagi merasai pengalaman ketika belajar di kampus.

Dengan itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengeluarkan kenyataan menerusi menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berhubung perkara ini. Katanya, pelajar akan dijangka masuk semula ke kampus pada Mac 2021.

BACA JUGA :   DidikTV Alternatif Pendidikan Sewaktu PdPR

Namun begitu, perkara ini masih belum pasti dan mungkin akan ada perubahan mengikut nasihat KKM dan MKN. Perkara ini baru sahaja diusulkan kepada MKN dan kenyataan rasmi belum diperoleh.

Kes COVID-19 ini masih belum dapat dijangka penularannya. Oleh itu, KPT akan berusaha untuk berbincang berkenaan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelajar yang akan tinggal di kampus.

Sehingga kini, cadangan SOP adalah dengan mengadakan pembelajaran secara hibrid di mana pelajar akan belajar secara bersemuka dan secara di dalam talian. Terdapat beberapa SOP yang perlu diteliti semula kerana pelajar IPT tidak kira kerajaan mahupun swasta mempunyai bilangan yang ramai.

Perbincangan secara terperinci adalah diperlukan supaya tiada kes atau kluster baharu yang melibatkan pelajar IPT. Buat masa sekarang, para pelajar hanya perlu menjalankan pembelajaran secara dalam talian sepenuhnya.

BACA JUGA :   Vaksin Akan Diberi Kepada Pelajar Yang Menduduki Peperiksaan Besar Tahun Ini Bermula Julai

Bagi pelajar yang tidak dapat mengkases internet dengan baik, pihak universiti mungkin boleh membantu dengan membenarkan pelajar untuk tinggal di kampus. Akan tetapi, SOP yang sepatutnya akan terus dilaksanakan kepada pelajar yang tinggal di kampus.

Sumber : Berita Harian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here