Program Madrasah Daulah memberi peluang pada setiap pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke Mesir menerusi program ini.

Sekiranya pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth di Mesir. Pelajar digalakkan mendaftar menerusi Program Madrasah Daulah.

Bukan itu sahaja, pelajar juga boleh menyambung pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana menerusi program ini.

Bagi yang tidak tahu, Madrasah Daulah merupakan sebuah institusi yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth.

Manakala, Maahad Buuth adalah sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM yang terdapat di Malaysia.

Peluang pengajian di Maahad Buuth ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Had umur untuk menempatkan diri di institusi pendidikan ini adalah dari seawal usia 12 tahun sehingga 21 tahun.

Selepas mendaftar, pelajar akan ditempatkan di Madrasah Daulah sementara menunggu nama naik untuk menduduki ujian kemasukan ke Maahad Buuth. Di Madrasah Daulah, pelajar akan mengikuti kelas untuk persedian menghadapi ujian kelayakan.

BACA JUGA :   Keindahan Tasik Baikal

Sementara menunggu untuk nama dipanggil pelajar wajib mengikuti kelas di Madrasah Daulah. Antara subjek yang akan diajar di Madrasah Daulah :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Seperti yang diberitahu untuk memasuki ke Maahad Buuth, setiap pelajar perlu menduduki satu ujian kelayakan.

Ujian kelayakan tersebut ialah Ujian Imtihan Qabul. Ianya akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas.

Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab. Manakala, Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran.

Jika pelajar tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu. Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

BACA JUGA :   Pakaian Tradisional Bagi Masyarakat Rusia

Sekiranya pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian di Maahad Buuth, segera mendaftar untuk mendapatkan tempat. Isi borang permohonan di bawah untuk terus mendaftar. Tawaran untuk memasuki Program Madrasah Daulah masih lagi dibuka.

Borang Permohonan: https://www.cognitoforms.com/DaulahEduconsult/pendaftaranmadrasahdaulahdimesir

Pelajar yang berminat mahu menyambung pengajian sehingga ke Universiti Al – Azhar digalakkan mendaftar menerusi Program Madrasah Daulah. Terutama bagi pelajar yang mahu melanjutkan pengajian tetapi tidak mendapat tempat di mana – mana tempat pengajian.

Jika pelajar berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah: https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult: https://daulahmedic.com/
Instagram: https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1: 0189624322
Customer service 2: 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here