Maahad Buuth menawarkan tempat kepada sesiapa yang berminat bagi mendalami ilmu pengajian islam. Untuk pengetahuan semua, pelajar masih boleh memasuki ke Maahad Buuth walaupun tidak memiliki sijil seperti SPM dan STAM.

Bagi pelajar yang mahu melanjutkan pengajian tetapi tidak mendapat tempat di mana – mana universiti. Ini adalah jalan yang terbaik untuk menyambung pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana.

Jika pelajar berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka secara tidak langsung akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk melanjutkan pengajian di Mesir. Daftar menerusi Porgram Madrasah Daulah, madrasah ini merupakan sebuah institusi yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth.

Maahad Buuth pula merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM yang terdapat di Malaysia.

BACA JUGA :   Indonesia bakal tutup pulau Komodo kepada pelancong

Peluang pengajian di Maahad Buuth ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran. Had umur untuk menempatkan diri di institusi pendidikan ini adalah dari seawal usia 12 tahun sehingga 31 tahun.

Pelajar perlu menduduki ujian kelayakan sebelum dapat memasuki ke Maahad Buuth. Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ianya akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Bagi pelajar yang tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas.

Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Tempoh pengajian di situ tidak lebih daripada satu tahun. Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

BACA JUGA :   Tak Sabar Nak Masuk Universiti? Ini Dia Tips Berguna Untuk Anda

Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Kemasukan ke Program Madrasah Daulah masih dibuka dan sesi kemasukan yang terdekat ialah Disember 2020 ini. Sekiranya pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian di Maahad Buuth, segera mendaftar untuk mendapatkan tempat.

Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here