Para pelajar! Jika anda berminat mahu menyambung pengajian di bumi Mesir. Daftar segera menerusi Program Madrasah Daulah.
Rebut peluang ini untuk belajar sehingga ke Universiti Al – Azhar. Baca dengan lebih lanjut untuk mengetahui apa itu Madarasah Daulah.
Madrasah Daulah merupakan sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth.
Di Madrasah Daulah, satu program telah dilaksanakan, program berkenaan menawar pelajar untuk menyambung pengajian di Maahad Buuth. Pelajar akan memasuki ke Madrasah Daulah sebagai persediaan untuk memasuki ke Maahad Buuth.
Untuk pengetahuan pelajar, Maahad Buuth merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM yang terdapat di Malaysia.
Maahad Buuth menawarkan tempat kepada sesiapa yang berminat bagi mendalami ilmu pengajian islam. Pelajar boleh memasuki ke Maahad Buuth walaupun tidak memiliki sijil seperti SPM dan STAM.
Peluang pengajian ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Had umur untuk menempatkan diri di institusi pendidikan ini adalah dari seawal usia 12 tahun sehingga 21 tahun.
Ini adalah jalan yang terbaik untuk menyambung pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana. Jika berminat untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang pengajian islam boleh terus mendaftar menerusi Madrasah Daulah.
Untuk memasuki ke Maahad Buuth, para pelajar perlu menduduki ujian kelayakan terlebih dahulu sebelum dapat memasuki ke Maahad Buuth. Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas.
Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Tempoh pengajian di situ tidak lebih daripada satu tahun.
Ujina ini akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth. Sekiranya pelajar tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth. Pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu.
Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :
- Tahsinul Quran
- Tahfizul Quran
- Talaqqi Dalaman
- Pengajian Bahasa Arab
- Pengajian Umum
- Program Study Tour
- Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka secara tidak langsung akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun. Pelajar boleh mendaftar menerusi link di bawah.
Borang Pendaftaran : https://www.cognitoforms.com/DaulahEduconsult/pendaftaranmadrasahdaulahdimesir
Jangan lepaskan peluang ini untuk menyambung pengajian di Mesir. Daftar segera, kemasukan Disember 2020 masih dibuka. Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)