Sertai Program Madrasah Daulah jika anda mahu menyambung pengajian dalan bidang pengajian islam di Mesir. Program ini merupakan peluang bagi para pelajar untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat ijazah sarjana. Jika pelajar mendaftar di Program Madrasah Daulah, pelajar akan dibimbing sepanjang mereka menuntut ilmu di Maahad Buuth.

Walaupun seluruh dunia menghadapi krisis pandemik, pelajar masih boleh menuntut ilmu. Malah, PKP bukan satu penghalang buat pelajar untuk menyambung pengajian sama ada secara atas talian atau pun bersemuka. Sekiranya pelajar belajar dalam situasi seperti biasa, bersemuka, pelajar diigatkan untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial dan mematuhi SOP.

Oleh itu, program Madrasah Daulah membuka peluang buat pelajar yang mahu melanjutkan pengajian. Untuk pengetahuan semua pada 3 Disember yang lepas, sekumpulan pelajar telah berangkat ke Mesir setelah mendaftar dan berjaya menempatkan diri di program ini.

BACA JUGA :   Tiga unit sahaja?

Pendaftaran dibuka bagi mereka yang berumur seawal 12 tahun sehingga 31 tahun. Terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya dalam pelajaran. Pelajar yang tidak memiliki sijil SPM dan STAM juga boleh mendaftar dengan Madrasah Daulah.

Pelajar akan dimasukkan ke Maahad Buuth terlebih dahulu. Namun begitu, pelajar akan menduduki ujian kelayakan untuk menentukan sama ada pelajar berjaya memasuki ke Maahad Buuth atau tidak. Ujian tersebut adalah Ujian Imtihan Qabul.

Para pelajar tidak perlu risau kerana pelajar akan memasuki kelas sebelum menghadapi ujian tersebut. Kelas tersebut ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran, Markaz Nile merupakan kelas Bahasa Arab dan Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran.

Sekiranya pelajar tidak melepasi ujian tersebut, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Di Dirosoh Khossor pelajar akan mempelajari pelbagai subjek. Antaranya ialah seperti berikut.

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
BACA JUGA :   Buah Tin dan Kesihatan Diri

Sekiranya pelajar berjaya menamatkan pengajian di Maahad Buuth pelajar akan diserap masuk ke dalam Universiti Al – Azhar.

Oleh itu, jika pelajar mahu melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat ijazah sarjana, daftar menerusi Program Madrasah Daulah.

Segera mendaftar menerusi Program Madrasah Daulah. Sesi kemasukan masih dibuka untuk sesi Disember 2020. Jangan lepaskan peluang ini!!

Segala maklumat dan info tambahan berkaitan dengan program ini boleh layari laman web di bawah. Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubingi talian di bawah.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here