Selama pandemik COVID-19 ini berlangsung, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenakan 14 hari sebagai tempoh kuarantin. Tempoh ini tertakluk kepada individu yang pulang ke tanah air dan juga kepada kontak rapat pesakit COVID-19.

Sepanjang tempoh kuarantin, individu terbabit tidak boleh keluar dari tempat kediaman atau pusat kuarantin. Perkara ini adalah untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak di kalangan orang awam.

Namun begitu, bermula hari ini, 14 Disember 2020, tempoh kuarantin bagi pengurusan kontak rapat dan pengembara yang datang dari luar negara bakal dikurangkan tempohnya menjadi 10 hari sahaja.

KKM mengumumkan kenyataan tersebut setelah melihatkan situasi terkini kes di Malaysia dan laporan klinikal dari seluruh dunia. Di samping itu, beberapa buah negara turut mengurangkan tempoh kuarantin. Antara negara tersebut adalah United Kingdom, Belgium, Jerman dan Perancis.

BACA JUGA :   XX Ray III: Kelemahan Awal Yang Akan Spoilkan Filem?

Negara selain Perancis memendekkan tempoh kuarantin kepada 10 hari manakala Perancis memendekkan tempoh kuarantin kepada 7 hari sahaja.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerangkan bahawa kebolehjangkitan selepas kuarantin adalah  rendah mengikut tempoh kuarantin. Justeru itu, pendekatan untuk memendekkan tempoh kuarantin telah diaplikasikan.

Perkara ini terpakai kepada kediaman rakyat yang dikenakan kuarantin dan juga pusat kuarantin yang diwartakan. Kepada mereka yang baru pulang dari luar negara atau merupakan antara kontak rapat pesakit COVID-19, anda bertanggungjawab untuk menjaga diri dan orang di sekeliling.

Pastikan prosedur operasi standard (SOP) diikuti dan dijalankan. Amalkan 3 W (Wash, Wear, Warn) dan elakkan 3 C (Crowded, Close, Confined).

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here