Menurut Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang, kandungan vaksin COVID-19 bukan dari sumber gelatin binatang sebaliknya ia dibuat daripada unsur lain.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjelaskan tentang kandungan vaksin COVID-19, vaksin berkenaan bukanlah dari sumber gelatin binatang.

Maklumat tersebut dijelaskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas bersama mufti.

Oleh itu, umat islam disarankan untuk menerima vaksin COVID-19 yang diperakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana ia kaedah lebih berkesan untuk menyelamatkan nyawa.

Datuk Syeikh Fadhil Awang diminta untuk  mengulas mengenai sesetengah individu yang ragu-ragu mengenai penggunaan vaksin COVID-19. Jelasnya, Islam sangat mementingkan penjagaan diri dan nyawa. Kaedah penggunaan vaksin lebih berkesan setakat ini untuk menentang virus COVID-19.

Sumber : Berita Harian

Rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak perlu risau akan kandungan vaksin COVID-19 yang akan diterima nanti. Ini kerana didapati kandungan vaksin tersebut bukanlah daripada unsur gelatin haiwan. Disebabkan itu, kita tidak perlu meragui tentang hal ini. Kerana untuk pulih daripada virus ini kita memerlukan satu vaksin yang berkesan.

BACA JUGA :   11 481 Kes COVID -19 Yang Masih Aktif Dengan Kebolehjangkitan.

Kes COVID-19 di Malaysia yang masih di angka seribu iaitu sebanyak 1012 kes baharu yang dilaporkan semalam. Ini telah menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 adalah sebanyak 75 306 kes. Manakala, jumlah kes yang masih aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 10 862 kes.

Walaupun kes COVID-19 masih tinggi, kes pulih yang dilaporkan semalam melebihi daripada kes baharu iaitu sebanyak 1750 kes pulih. Negeri Selangor telah mencatatkan kes pulih yang paling tinggi iaitu sebanyak 982 kes. Diikuti dengan Sabah iaitu sebanyak 237 kes pulih.

Oleh itu, kita semua mestilah mematuhi SOP dan nasihat pihak kerajaan serta KKM. KKM turut menyarankan untuk semua mestilah mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S/3C.

BACA JUGA :   Tiada Bukti Virus Covid-19 Berasal Dari Tanah besar China - Menteri Luar

Elakkan 3S/3C.

  • Elakkan berada di tempat sesak (crowded places)
  • Elakkan juga berada di tempat sempit (confined places)
  • Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation)

Amalkan 3W.

  • Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
  • Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
  • Beri amaran (warn) seperti ;
    • Amalkan etika batuk dan bersin,
    • Elak kunjung mengunjungi,
    • Dapatkan rawatan jika bergejala dan
    • Sanitasi tempat yang kerap disentuh.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here