Penyakit pneumokokal merupakan satu jangkitan yang berpunca daripada bakteria streptococcus pneumoniae. Bakteria ini menjangkiti semua orang tidak kira usia, tetapi kanak – kanak dan warga tua adalah yang paling senang untuk dijangkiti. Bakteria jenis ini akan menyebabkan banyak jangkitan berlaku dalam badan.

Ianya termasuklah jangkitan/radang paru-paru, meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis (jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media (jangkitan telinga tengah).

Jangkitan bakteria ini serius bagi kanak – kanak, warga tua berusia 65 tahun ke atas dan mereka yang ada penyakit kronik. Boleh menyebabkan anda dimasukkan ke hospital, hilang upaya secara kekal (pekak, kerosakan otak, atau kehilangan tangan atau kaki) atau kematian.

BACA JUGA :   Guru Tadika Ini Pukul Budak 4 Tahun Sehingga Alami Pendarahan Teruk Di Telinga

Menteri Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Adham Bin Baba telah melancarkan imunisasi pneumokokal untuk kanak – kanak. Imunisasi pneumokokal ini dilancarkan di pada hari ini, 1 Disember 2020, pelancaran dilakukan di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Raub, Pahang.

Menurut kenyataan media sosial Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pemberian vaksin tersebut dilakukan di seluruh klinik kesihatan bermula 1 Disember 2020. Penyakit pneumokokal boleh dicegah dengan vaksin dan sangat efektif bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti dalam kalangan kanak – kanak.

Vaksin pneumokokal membantu merangsang badan menghasilkan antibodi terhadapย  bakteria streptococcus pneumoniae yang menyebabkan penyakit ini. Ini kerana vaksin mengandungi sebahagian daripada bakteria yang dapat mencetuskan badan untuk membina imuniti terhadap bakteria tersebut.

BACA JUGA :   Kerajaan Tangguh Eksport Telur Ayam Ke Singapura Buat Sementara Waktu.

Sekiranya sesorang individu yang menerima vaksin tersebut dijangkiti dengan strain (serotaip) streptococcus pneumoniae tertentu, antibodi ini akan membantu melindungi individu daripada penyakit.

Sumber : Portal MyHEALTH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here