Sebagai langkah untuk memastikan umat Islam dapat membayar zakat dengan mudah, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menjalankan kerjasama dengan Shopee. Kerjasama ini dilakukan dengan melihat kepentingan portal e-dagang itu kepada masyarakat masa kini.

Pengenalan sistem pembayaran zakat melalui platform e-dagang ini dilihat mampu untuk mengajak lebih ramai pembayar zakat untuk membayar zakat. Shopee, syarikat e-dagang yang menyediakan pelbagai keperluan pada masa kini dilihat mampu untuk menjadi medium pembayaran yang cepat dan mudah.

Di samping berbelanja, pengguna juga dapat menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim. Jika anda mahu mengetahui bagaimana untuk mendapatkan kiraan bagi pembayaran zakat, anda boleh pergi ke portal Zakat.

BACA JUGA :   11.11:  Jualan Orang Single Yang Menjadi Fenomena Dunia

Pengguna boleh melakukan pembayaran melalui pelbagai cara. Pemilihan cara pembayaran boleh dipilih mengikut keselesaan pengguna seperti :

  • Pembayaran melalui perbankan internet
  • Kad debit
  • ShopeePay
  • Pembayaran tunai di kaunter bayaran kedai serbaneka 7eleven

Dengan adanya pengenalan ini, pihak MAIPk mengharapkan pembayar zakat dapat melunaskan tuntutan tersebut tanpa sebarang halangan. Pungutan zakat yang dilakukan akan diberikan kepada golongan asnaf.

Bagi merancakkan pembayaran, Shopee akan memberikan sebanyak 200 syiling Shopee kepada 1000 pembayar pertama pada setiap hari daripada 22 Disember sehingga 21 Disember ini.

Pembayaran melalui aplikasi Shopee ini sudah boleh digunakan bermula hari ini. Pengguna boleh pergi ke butang “Deals, Top-Ups & Bills“, dan skrol ke bawah ke bahagian “Donation & Finance”.

Sumber : BERNAMA

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here