Hari berganti hari, kes COVID-19 masih tinggi dan kes harian COVID-19 yang dilaporkan semalam kian meningkat.
Semalam kes COVID-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 4 008 kes. Penambahan jumlah tersebut juga disebabkan oleh 16 kluster baru yang telah dikenal pasti.
Penambahan 16 kluster ini telah menjadikan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 318 kluster. Daripada jumlah kluster 318, 84 kluster telah dikenalpasti berlaku penambahan kes semalam.
Kluster yang melaporkan jumlah kes COVID-19 harian yang tertinggi adalah Kluster Kluster Tapak Bina Muda (237 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Zuhrah (175 kes), dan Kluster Pasai (139 kes).
Menerusi kenyataan akhbar KPK, 16 kluster baharu yang dilaporkan ialah seperti berikut;
- Kluster Tapak Bina Jalan Abduk Aziz
– Kluster tempat kerja
– Daerah Petaling di Selangor
– 56 kes - Kluster Bestari Rantau
– Kluster tempat kerja
– Daerah Klang di Selangor
– 16 kes - Kluster Jalan Sejahtera
– Kluster tempat kerja
– Daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
– 15 kes - Kluster Tapak Bina Jalan Digital
– Kluster tempat kerja
– Daerah Kulai, Johor dan Hulu Terengganu, Terengganu.
– 48 kes - Kluster Jalan Niaga
– Komuniti
– Daerah Kota Tinggi dan Kluang di Johor.
– 18 kes - Kluster Tampoi Lima
– Kluster tempat kerja
– Daerah Johor Bahru di Johor.
– 26 kes. - Kluster Jalan Seroja
– Kluster tempat kerja
– Daerah Kulai di Johor
– 10 kes - Kluster Jalan KKIP Selatan
– Kluster Tempat Kerja
– Daerah Kota Kinabalu di Sabah
– 14 kes - Kluster Kampung Balibata
– Komuniti
– Daerah Beaufort dan Sandakan di Sabah.
– 35 kes - Kluster Sungai Ibor
– Kluster tempat kerja
– Daerah Rembau di Negeri Sembilan
– 12 kes - Kluster Batu Benam
– Komuniti
– Daerah Batang Padang di Perak.
– 12 kes. - Kluster Persiaran Tasek
– Kluster tempat kerja
– Daerah Batang Padang, Kinta, dan Kuala Kangsar di Perak.
– 20 kes - Kluster Tapak Bina Bukit Sebukor
– Kluster tempat kerja
– Melibatkan sebuah tapak binaan di daerah Melaka Tengah, Melaka.
– 28 kes - Kluster Jalan Usaha
– Kluster tempat kerja
– Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin di Melaka.
– 36 kes - Kluster Sawmill Luit
– Komuniti
– Daerah Maran dan Kuantan di Pahang.
– 19 kes - Kluster Bukit Gelugor
– Komuniti
– Daerah Kuantan di Pahang.
– 22 kes
Daripada jumlah 4 008 kes, Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,391 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 1,061 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 513 kes, dan Johor sebanyak 470 kes.
Disebabkan itu, setiap orang meatilah mematuhi PKP dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan KKM. KKM turut menyarankan untuk semua mestilah mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S/3C.
Elakkan 3S/3C.
- Elakkan berada di tempat sesak (crowded places)
- Elakkan juga berada di tempat sempit (confined places)
- Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation)
Amalkan 3W.
- Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
- Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
- Beri amaran (warn) seperti ;
- Amalkan etika batuk dan bersin,
- Elak kunjung mengunjungi,
- Dapatkan rawatan jika bergejala dan
- Sanitasi tempat yang kerap disentuh.
Sumber: Kenyataan Akhbar KPK, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)