Anda bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera yang berjaya? Mahu lanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan? Dengan Daulah Educonsult anda berpeluang untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang kejuruteraan di luar negara.

Credit : EasyUni

Pendaftaran kemasukan ke universiti sesi 2021 dalam bidang kejuruteraan ini telah pun dibuka oleh pihak Daulah Educonsult. Antara negara yang membuka peluang ini kepada pelajar adalah negara Poland dan Rusia. Berikut adalah senarai universiti yang menawarkan bidang kejuruteraan mengikut negara.

Poland

Warsaw University Of Technology

Universiti Teknologi Warsaw bermula dengan sendiri pada tahun 1915 berkat usaha Persatuan Kursus-kursus Saintifik dan Jawatankuasa Warga Kota Warsaw. Universiti ini adalah universiti teknikal yang terbaik di Poland. Dalam kedudukan universiti Poland, ia telah mengambil tempat pertama dalam kategorinya selama sembilan tahun.

Universiti ini juga mempunyai 32 bidang pengajian yang boleh pelajar pilih dan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Terdapat pelbagai bidang kejuruteraan yang boleh dipilih seperti Kejuruteraan Awam, Automatik dan Robotik, Kejuruteraan Elektrik dan lain-lain lagi bidang mengikut fakulti. 

Vistula University

Universiti ini telah ditubuhkan pada tahun 1992 dan merupakan antara universiti bukan awam yang terbaik di Poland. Jika anda meminati untuk lanjutkan pelajaran di dalam bidang kejuruteraan komputer, universiti ini patut menjadi pilihan utama anda.

BACA JUGA :   Ketahui Bidang yang Ditawarkan di Kursk State Medical University

Universiti ini menawarkan program-program manarik di dalam bidang kejuruteraan komputer seperti :

  • Rekaan Permainan (Game)
  • Teknologi Database
  • Teknologi Internet
  • Jaringan Komputer (Network)
  • Kejuruteraan Sistem ICT
  • IT Dalam Perniagaan
  • Tester Perisian (Software)

Rusia

Moscow Aviation Institute (MAI)

Moscow Aviation Institute adalah salah satu universiti terkemuka di dunia untuk kejuruteraan aeroangkasa yang ditubuhkan pada tahun 1930. Universiti ini memiliki pusat penyelidikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang mengejar teknologi terkemuka dalam bidang aeroangkasa.

MAI juga terletak di tengah-tengah bandar Moscow dan menyebabkan anda tidak sukar untuk mencari makanan halal di sekitarnya. Jika anda berminat untuk menyambung pelajaran di dalam bidang kejuruteraan pesawat, anda boleh memohon untuk ke universiti ini.

Pendaftaran kemasukan ke universiti boleh dilakukan menerusi Daulah Educonsult. Anda boleh memohon kemasukan ke universiti di luar negara jika anda memenuhi syarat seperti yang berikut :

  1. Merupakan lepasan SPM/ IGCSE/ O-Level/ Diploma/ Matrikulasi/ Asasi atau lepasan setaraf.
  2. Bagi lepasan SPM/IGCSE/O-Level dan setaraf: Minimum B untuk semua subjek.
    Bagi lepasan STPM/Diploma/Asasi/A-Level dan setaraf: Minimum CGPA 3.0.
BACA JUGA :   Daulah Educonsult Menawarkan Universiti Terbaik di Rusia

Jika anda mempunyai keputusan yang selain daripada syarat kelayakan di atas, anda boleh berhubung dengan konsultan Daulah Educonsult untuk konsultasi pendidikan. Anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult menerusi medium yang berikut :

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Berminat Lanjutkan Pengajian ke Luar Negara?

Daftar Segera Bersama Daulah Educonsult!

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengajian yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa. Perkara ini seiring dengan pengalaman syarikat yang telah menguruskan pelajar ke pelbagai negara terutamanya ke Mesir dan Rusia. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pengajian Islam dan lain-lain.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here