Program Madrasah Daulah adalah sebuah program persediaan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar, Mesir. Sebelum melanjutkan pelajaran ke dalam universiti, para pelajar dikehendaki untuk menamatkan pengajian di Maahad Buuth terlebih dahulu.
Program Madrasah Daulah
Pendaftaran di program Madrasah Daulah tidak memerlukan sebarang sijil pendidikan. Sekiranya anda adalah seorang pelajar perempuan atau lelaki dan memiliki keinginan yang tinggi untuk belajar, anda boleh mendaftar. Had umur yang ditetapkan bagi mengikuti program Madrasah Daulah ialah daripada 12 sehingga 21 tahun.
Menerusi Madrasah Daulah, pelajar akan membuat persediaan dari segi pemantapan Bahasa Arab. Selain daripada itu, pelajar akan menjalani aktiviti seperti :
- Tahfizul Qur’an
- Tahsinul Qur’an
- Talaqqi Dalaman
- Pengajian Umum
- Program Study Tour
- Pengajian Bahasa Arab
- Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Pelajar akan belajar di Madrasah Daulah sementara menunggu nama naik bagi menjalani Ujian Imtihan Qabul. Ujian Imtihan Qabul adalah ujian yang untuk menentukan tahap penguasaan pelajar di dalam Bahasa Arab. Bagi pelajar yang lulus dengan cemerlang di ujian ini, pelajar akan terus memasuki Maahad Buuth. Akan tetapi, bagi pelajar yang kurang cemerlang, pelajar akan ditempatkan di Dirosah Khossoh untuk memantapkan lagi penguasaan pelajaran pelajar.
Dirosah Khossoh
Dirosah Khossoh adalah sebuah tempat untuk pelajar memantapkan lagi diri supaya dapat memasuki Maahad Buuth. Di sini, para pelajar akan mengikuti pelajaran untuk memantapkan lagi diri dalam bidang pengajian. Setelah menamatkan pengajian di Dirosah Khossoh, pelajar akan terus diserap masuk ke dalam Maahad Buuth. Perkara ini terjadi kerana Dirosah Khossoh merupakan peringkat pra-menengah manakala Maahad Buuth adalah peringkat sekolah menengah biasa.
Maahad Buuth
Maahad Buuth adalah Sekolah Menengah Islam Antarabangsa yang terletak di Mesir. Terdapat pelajar daripada pelbagai negara yang belajar di Maahad Buuth. Tidak hanya itu, lingkungan umur bagi setiap peringkat di Maahad Buuth adalah berbeza kerana wujudnya sistem lompat. Maahad Buuth yang mempunyai enam tingkatan perlu dilepasi oleh pelajar untuk menamatkan pengajian. Di sini, pelajar akan belajar beberapa subjek pengajian lain seperti sekolah menengah biasa.
Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di Maahad Buuth boleh terus melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Bidang pengajian yang boleh dipilih adalah Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah Islamiah.
Jika anda berminat untuk menyertai Program Madrasah Daulah, anda boleh melakukan pra-pendaftaran di https://bit.ly/2NKhn8L.
Akan tetapi, jika anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan program ini, anda boleh menghubungi atau layari media sosial Daulah Educonsult. Daulah Educonsult juga menawarkan program belajar di luar negara. Negara yang ditawarkan adalah Rusia, Indonesia, Poland dan Bangladesh. Sebarang maklumat boleh anda dapatkan di laman sesawang Daulah Educonsult.
Customer service : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322
Konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
Madrasah Daulah
Facebook : Madrasah Daulah
Website : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult
Facebook : Daulah Educonsult
Website : http://daulahmedic.com/