Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan di mana Malaysia telah mencatatkan kes harian tertinggi sepanjang pandemik COVID-19 ini menular.
Mengikut laporan KKM, sebanyak 3,337 kes positif yang telah dilaporkan pada 12 tengah hari semalam. 70% daripada jumlah tersebut adalah daripada kawasan-kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan.
Pertambahan kes positif inii telah menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 meningkat kepada 147,855 kes positif secara keseluruhan. Namun, kes positif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 33,989 kes.
Selangor masih mencatatkan sumbangan kes positif tertinggi iaitu pada 1,063 kes. Jumlah kes di negeri PKP yang lain adalah sebanyak 460 kes (Johor), 389 kes (Sabah), 257 kes (WPKL) dan 234 kes (Pulau Pinang).
Kes kamatian akibat COVID-19 adalah sebanyak 15 kes kematian. Ia menjadikan kes komulatif kematian sebanyak 578 kes sepanjang pandemik bermula.
Tambahan, sebanyak tujuh kluster baharu yang direkodkan dan rata-rata kluster datang daripada 1 kluster daripada Selangor, 2 kluster daripada Johor, 2 kluster daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 kluster daripada Negeri Sembilan dan 1 kluster daripada Perak.
Sumber : KPK
Pihak KKM terus menasihati rakyat supaya mematuhi prosedur operasi standard dan mengelakkan 3 C (crowded, close, confined) dan mengamalkan 3 W (wash, wear, warn).
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di 5 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan, ada sesetengah pengusaha yang merayu supaya perniagaan mereka dibenarkan untuk beroperasi. Tidak hanya itu, disebabkan PKP ini industri PKS turut menerima tempias apabila pasar malam dan bazar malam tidak dibenarkan untuk beroperasi.
Namun begitu, pelaksanaan PKP ini juga adalah untuk kepentingan bersama. Para frontliners sudah dibekukan cuti mereka dan hospital di bawah KKM juga tidak dapat untuk menampung lebih ramai pesakit jika angka kes lebih 2,000 pada setiap hari.
INGAT! #kitajagakita