Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengajian yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa. Perkara ini seiring dengan pengalaman syarikat yang telah menguruskan pelajar ke pelbagai negara terutamanya ke Mesir dan Rusia. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pengajian Islam dan lain-lain.

Daulah Educonsult masih membuka tawaran kemasukan ke universiti di luar negara antaranya Rusia, Indonesia, Poland dan Bangladesh bagi tahun 2021. Bidang pengajian yang boleh dipilih adalah :

  • Perubatan
  • Farmasi
  • Pergigian
  • Veterinar
  • Pengurusan Perniagaan Antarabangsa
  • Kejuruteraan & Kejuruteraan Pesawat
  • Ulum Islamiah
  • Usuluddin
  • Syariah
  • Bahasa Arab

Syarat kelayakan ke universiti bagi bidang perubatan adalah :

  • Lepasan SPM/IGCSE dan setaraf = Minimum B untuk semua subjek Sains (Fizik, Kimia, Biologi, Addmath)
  • Lepasan Diploma, Asasi, Matrikulasi dan setaraf = CGPA 3.0 dan ke atas
BACA JUGA :   Kenali Destinasi Pelancongan Dan Pendidikan Di Turki

Syarat kelayakan ke universiti selain bidang perubatan adalah :

  • Lepasan SPM/IGCSE dan setaraf = Minimum lulus untuk semua subjek.
  • Lepasan Diploma, Asasi, Matrikulasi dan setaraf = CGPA 3.0 dan ke atas.

Bagi keputusan selain syarat kelayakan, pelajar boleh mendapatkan bantuan daripada konsultan Daulah Educonsult untuk urusan konsultasi. Konsultan sedia membantu dalam menjawab segala pertanyaan berkaitan sambung pengajian dan cara pendaftaran ke universiti.

Selain itu, Daulah Educonsult juga mempunyai program Madrasah Daulah di mana mereka menghantar pelajar ke Mesir tanpa menggunakan sijil pendidikan. Program ini adalah program persediaan kepada pelajar sebelum masuk ke Maahad Buuth dan Universiti Al-Azhar. Maahad Buuth adalah sekolah menengah Islam antarabangsa yang terletak di Mesir.

BACA JUGA :   7 Bandar yang Cantik di Rusia

Program Madrasah Daulah juga merupakan satu program yang boleh membina keperibadian dan kemantapan ilmu dalam diri pelajar yang berada di bawah bimbingan madrasah ini. Pendaftaran terbuka kepada pelajar yang berumur kurang daripada 22 tahun. Tidak kira sama-ada lelaki atau perempuan asalkan pelajar berminat untuk mendalami ilmu agama, pelajar layak untuk mendaftar.

Antara pelajar Malaysia yang lanjutkan pengajian ke Rusia.

Jika pelajar betul-betul berminat dengan tawaran ini, pelajar boleh mengisi borang seperti yang tertera di bawah :

Pra-daftar Universiti Luar Negara : https://bit.ly/2WUlBh9
Pra-daftar Madrasah Daulah : https://bit.ly/2NKhn8L

Namun, jika mempunyai sebarang pertanyaan pelajar boleh berhubung terus dengan konsultan Daulah Educonsult atau laman sesawang Daulah Educonsult.

Customer service : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Daulah Educonsult
Facebook : Daulah Educonsult 
Website : http://daulahmedic.com/

Madrasah Daulah
Facebook : Madrasah Daulah
Website : https://madrasahdaulah.com/

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here