Adakah anda mempunyai keinginan untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Mesir namun ketiadaan sijil SPM dan STAM menghalang cita-cita murni tersebut? Jangan bimbang, Daulah Educonsult bersedia membantu anda.
DAULAH EDUCONSULT
Mereka adalah badan konsultan pendidikan yang berpengalaman di Malaysia dalam mengendalikan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti di luar negara. Mesir adalah antara negara yang sering menjadi pilihan pelajar yang melanjutkan pengajian ke bersama Daulah Educonsult.
SPM & STAM BUKAN KEUTAMAAN
Pelajar yang tiada sijil SPM dan STAM sebenarnya tetap boleh melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam dengan melalui Program Madrasah Daulah. Program ini bertujuan menyediakan pengajian yang terbaik dan persiapan rapi pelajar yang melanjutkan pengajian ke Madrasah Daulah dan seterusnya ke Maahad Buuth.
Melalui Madrasah Daulah dan Maahad Buuth, pelajar akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Inginkan pencerahan yang lebih terperinci? Ikuti langkah mudah di bawah :
Langkah Pertama – Madrasah Daulah
Berdaftar sebagai pelajar di Madrasah Daulah bersama Daulah Educonsult. Mereka menerima pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 12 hingga 30 tahun khususnya yang tiada sijil SPM ddan STAM. Pelajar hanya perlu belajar bersungguh-sungguh dan bersedia mengikuti segala peraturan yang disediakan oleh pihak Madrasah Daulah. Tambahan, di Madrasah Daulah, pelajar akan dipersiapkan dengan rapi untuk menghadapi ujian kemasukan ke Maahad Buuth iaitu Ujian Imtihan Qabul.
Selepas mengikuti Ujian Imtihan Qabul, pelajar akan ditempatkan mengikut keputusan yang diperoleh. Jika pelajar cemerlang dan lulus, pelajar akan diserap terus ke Maahd Buuth, manakala jika kurang cemerlang pula pelajar akan diletakkan di Dirosah Khossoh untuk memantapkan lagi pemahaman pengajian.
Langkah Kedua – Maahad Buuth
Maahad Buuth adalah sebuah Sekolah Menengah Antarabangsa yang berada di bawah kelolaan Al-Azhar. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke pusat pendidikan terulung ini akan menikmati pengajian secara percuma sehingga tamat pengajian. Pelajar hanya perlu menyediakan kelengkapan pengajian manakala yuran pengajian, kos tenaga pengajar dan sebagainya ditanggung sepenuhnya oleh Institusi Ilmu Al-Azhar. Di Maahad Buuth, pelajar berpeluang memantapkan kemahiran berbahasa Arab. Tambahan, terdapat lebih 250 buah negara yang menghantar pelajar mereka untuk melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth.
Langkah Ketiga – Universiti Al- Azhar
Selepas menamatkan pengajian di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth, pelajar akan meneruskan pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Pelajar akan mengikuti pengajian selama 4 tahun di universiti terulung ini. Kemampuannya dalam melahirkan para ilmuwan Islam tidak perlu disangkal lagi. Ramai pelajar di serata dunia menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian di universiti tertua di Mesir ini.
Berminat menjadi salah seorang pelajar lepasan Universiti Al-Azhar? Ayuh daftar segera bersama Daulah Educonsult segera. Kemasukan seterusnya adalah pada Januari dan Februari 2021. Dikhabarkan pihak Daulah Educonsult menerima banyak maklum balas positif dari pelajar yang ingin melajutkan pengajian ke Madrasah Daulah. Daftar segera sementara kuota masih kosong!
Customer Service: 0189624322 (https://wa.me/60189624322)
Tuan Syed Fuad: 0132090322 (https://wa.me/60132090322)
Pejabat: 03-92851322