Peningkatan kes COVID-19 yang berlaku kebelakangan ini sangat – sangat membimbangkan. Tambahan pula kes COVID-19 di Malaysia kini sudah berada di dalam komuniti. Kita tidak tahu siapa yang sudah terjangkiti dan adakalanya simptomnya juga sukar dikesan. Malah, ada juga yang tiada simptom tetapi positif kes COVID-19.
Disebabkan itu, jika anda mempunyai kontak dengan kes positif atau mempunyai simptom seperti yang dinyatakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan perlu kuarantin diri di rumah. Ketahui langkah – langkah kuarantin kes positif di rumah.
Berikut adalah langkah – langkah pemantauan kendiri kes positif COVID-19 di rumah yang dinyatakan oleh KKM.
- Sentiasa berada di rumah dan pastikan anda boleh dihubungi setiap masa.
- Duduk di bilik yang berasingan daripada ahli rumah yang lain. Sebaiknya jika bilik berkenaan ada kemudahan bilik air. Jika berkongsi bilik air, bersihkan permukaan yang disentuh seperti tombol pintu, pili air dan peralatan lain yang telah digunakan.
- Elakkan untuk berinteraksi secara bersemuka dengan ahli rumah yang lain. Sekiranya tidak dapat dielakkan pastikan kedua – dua pihak memakai pelitup muka.
- Laporkan status kesihatan anda kepada anggota kesihatan apabila dihubungi atau melalui aplikasi MySejahtera setiap hari.
- Jika gejala bertambah teruk, hubungi 999 atau terus ke hospital berdekatan dengan segera menggunakan kenderaan sendiri.
- Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer.
- Amalkan adab batuk dan bersin dengan betul. Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin.
- Buang tisu dan pelitup muka yang telah digunakan ke dalam bungkusan yang diikat sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Pastikan anda mencuci tangan serta merta.
- Tidak berkongsi peralatan makanan dan penjagaan diri.
- Cuci peralatan yang digunakan untuk makan dan minum sebelum digunakan semula.
- Pastikan pengudaraan rumah yang baik dengan membuka tingkap.
- Pastika juga anda tidak menerima pelawat.
Seperti yang dijelaskan di atas, pastikan anda mengikuti langkah – langkah tersbeut untuk mengelakkan dari virus ini terus merebak dan yaang paling ditakuti ialah mengjangkiti orang yang berada di sekeliling kita.
Dalam pada masa yang sama, bagi setiap orang pastikan anda mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan KKM. KKM turut menyarankan untuk semua mestilah mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S/3C.
Elakkan 3S/3C.
- Elakkan berada di tempat sesak (crowded places)
- Elakkan juga berada di tempat sempit (confined places)
- Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation)
Amalkan 3W.
- Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
- Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
- Beri amaran (warn) seperti ;
- Amalkan etika batuk dan bersin,
- Elak kunjung mengunjungi,
- Dapatkan rawatan jika bergejala dan
- Sanitasi tempat yang kerap disentuh.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)