Lanjutkan pengajian sehingga ke peringkat ijazah sarjana menerusi Program Madrasah Daulah di Mesir. Pelajar akan dapat menyambung pengajian sehingga ke Universi Al-Azhar, selepas tamat pengajian di Maahad Buuth.
Untuk makluman, pelajar tidak memerlukan sijil SPM dan STAM untuk memasuki ke Universiti Al-Azhar. Pengajian di Universiti Al-Azhar adalah selama 4 tahun. Oleh itu, jika pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian islam, pelajar digalakkan mendaftar di Program Madarsah Daulah.
Madrasah Daulah merupakan sebuah institusi yang akan menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth. Maahad Buuth pula merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6.
Pengajian di Maahad Buuth adalah serupa dengan pengajian di STAM di Malaysia. Bagi pelajar yang berminat bagi mendalami ilmu pengajian islam digalakkan untuk terus mendaftar. Klik borang permohonan untuk mendapatkan tempat.
Borang Permohonan: https://www.cognitoforms.com/DaulahEduconsult/pendaftaranmadrasahdaulahdimesir
Program Madrasah Daulah masih menerima kemasukan pelajar untuk sesi 2021. Sekiranya pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian di Maahad Buuth, segera mendaftar untuk mendapatkan tempat.
Untuk menyertai Program Madrasah Daulah, pastikan pelajar mematuhi syarat – syarat yang telah ditetapkan. Syarat – syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut.
Antara syarat yang ditetapkan ialah ;
- Berumur 14 hingga 21 tahun.
- Lelaki atau perempuan.
- Pelajar yang mempunyai semangat tinggi untuk belajar.
- Bersedia mengikuti peraturan dan aktiviti yang ditetapkan.
Pelajar akan ditempatkan di Madrasah Daulah terlebih dahulu sementara menunggu nama naik untuk menduduki ujian kemasukan ke Maahad Buuth.
Sementara menunggu nama naik, pelajar akan mengikuti kelas di Madrasah Daulah sebagai persediaan menghadapi ujian kelayakan.
Pelajar perlu menduduki ujian kelayakan sebelum dapat memasuki ke Maahad Buuth. Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul.
Ianya akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas.
Antara subjek yang akan diajar di Madrasah Daulah :
- Tahsinul Quran
- Tahfizul Quran
- Talaqqi Dalaman
- Pengajian Bahasa Arab
- Pengajian Umum
- Program Study Tour
- Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.
Pelajar yang tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu. Di situ, pelajar akan mendalami ilmu pengajian islam.
Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)