Maahad Buuth pula merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa.

Ianya terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Maahad Buuth ini merupakan peluang kepada pelajar untuk lanjutkan pelajaran dalam pengajian islam di Mesir.

Untuk makluman pelajar, pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM yang terdapat di Malaysia.

Pelajar yang berminat mahu menyambung pengajian di Maahad Buuth, Mesir digalakkan mendaftar menerusi Program Madrasah Daulah. Madrasah Daulah ini merupakan sebuah institusi yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth.

Maahad Buuth menawarkan tempat kepada sesiapa yang berminat bagi mendalami ilmu pengajian islam. Untuk pengetahuan semua, pelajar masih boleh menyertai Program Madrasah Daulah walaupun tidak memiliki sijil seperti SPM dan STAM.

Untuk pengetahuan pelajar, para pelajar akan ditempatkan di Madrasah Daulah terlebih dahulu sementara menunggu nama naik untuk menduduki ujian kemasukan ke Maahad Buuth.

Sementara menunggu nama naik, pelajar akan mengikuti kelas di Madrasah Daulah sebagai persedian menghadapi ujian kelayakan. Antara subjek yang akan diajar di Madrasah Daulah :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
BACA JUGA :   Program Madrasah Daulah Peluang Untuk Pelajar Lanjutkan Pengajian Di Mesir.

Pelajar perlu menduduki ujian kelayakan sebelum dapat memasuki ke Maahad Buuth. Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ianya akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Bagi pelajar yang tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas.

Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

Jika pelajar berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka secara tidak langsung akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

BACA JUGA :   Doktor Veterinar Perlu Lebih Versatile?

Peluang pengajian di Maahad Buuth ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran. Had umur untuk menempatkan diri di institusi pendidikan ini adalah dari seawal usia 12 tahun sehingga 21 tahun.

Kemasukan ke Program Madrasah Daulah masih dibuka dan sesi kemasukan yang terdekat ialah Disember 2020 ini. Sekiranya pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian di Maahad Buuth, segera mendaftar untuk mendapatkan tempat.

Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here