Jika pelajar mahu belajar di bifang pengajian islam, pelajar digalakkan untuk mendaftar menerusi Program Madrasah Daulah. Di program ini pelajar berpeluang untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat ijazah sarjana di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Pelajar akan melanjutkan pengajian di Maahad Buuth menerusi program ini. Untuk pengetahuan pelajar, Madrasah Daulah merupakan sebuah institusi yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth.

Manakala, Maahad Buuth adalah sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM yang terdapat di Malaysia.

Peluang pengajian di Maahad Buuth ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Had umur untuk menempatkan diri di institusi pendidikan ini adalah dari seawal usia 14 tahun sehingga 21 tahun.

Syarat utama yang perlu pelajar patuhi dan ikuti ialah pelajar mestilah mempunyai semangat yang tinggi untuk melanjutkan pengajian. Malah, pelajar juga mestilah bersedia untuk mengikut peraturan dan aktiviti yang ditetapkan.

BACA JUGA :   Jom Sambung Belajar Di Poland Pada Tahun 2021 Bersama Daulah Educonsult.

Pelajar yang telah mendaftar akan ditempatkan di Madrasah Daulah sementara menunggu nama dipanggil untuk menduduki ujian kemasukan ke Maahad Buuth.

Pelajar wajib untuk mengikuti kelas di Madrasah Daulah. Antara subjek yang akan diajar di Madrasah Daulah :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Seperti yang diberitahu untuk memasuki ke Maahad Buuth, setiap pelajar perlu menduduki satu ujian kelayakan.

Ujian kelayakan tersebut ialah Ujian Imtihan Qabul. Ianya akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas.

Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab. Manakala, Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran.

Jika pelajar tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu.

BACA JUGA :   Al-Quran dedahkan rahsia tentang pembinaan piramid di Mesir

Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

Sekiranya pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian di Maahad Buuth, segera mendaftar untuk mendapatkan tempat. Isi borang permohonan di bawah untuk terus mendaftar. Tawaran untuk memasuki Program Madrasah Daulah masih lagi dibuka.

Borang Permohonan: https://www.cognitoforms.com/DaulahEduconsult/pendaftaranmadrasahdaulahdimesir

Jika pelajar berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah: https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult: https://daulahmedic.com/
Instagram: https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1: 0189624322
Customer service 2: 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here