Anda memerlukan pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan harian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan? Safer tawarkan kepada anda untuk menyertai komuniti Safer sebagai rakan pemandu dan penghantar.
Kerjaya ini tetap relevan kerana ramai pekerja di luar sana yang bekerja daripada rumah dan kadang-kala memerlukan khidmat penghantaran makanan atau barangan. Tambahan itu, disebabkan pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa ini, ramai juga rakyat yang kehilangan pekerjaaan.
Justeru, Safer membuka peluang kepada anda yang berminat untuk menjana pendapatan lebih bersama Safer. Tidak hanya mendapatkan pendapatan secara aktif, malah anda juga boleh jana pendapatan secara pasif.
Pendapatan aktif adalah pendapatan yang akan anda perolehi apabila kerja dilakukan. Bagi pendapatan pasif, anda akan perolehinya apabila anda berkongsikan referral code kepada orang ramai.
Terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk menjadi rakan pemandu atau rakan penghantar Safer. Anda boleh memilih untuk menjadi rakan pemandu atau rakan penghantar.
Syarat menjadi rakan pemandu :
- Mempunyai kenderaan seperti kereta atau motosikal.
- Tahun buatan kenderaan 2012 dan ke atas.
- Memiliki lesen memandu yang sah dan penuh.
- Memiliki lesen PSV.
- Mempunyai telefon pintar (iOS atau Android) dan akses internet yang berfungsi dengan baik.
Syarat menjadi rakan penghantar :
- Mempunyai kenderaan seperti motosikal, kereta, van atau pick-up truck.
- Tiada had tahun buatan kenderaan.
- Memiliki lesen memandu yang sah.
- Mempunyai telefon pintar (iOS atau Android) dan akses internet yang berfungsi dengan baik.
- Tidak memerlukan lesen PSV jika hanya mendaftar sebagai rakan penghantar.
Perndaftaran sebagai rakan pemandu atau rakan penghantar boleh dilakukan di http://tinyurl.com/ycetm3vh.
Butiran yang diperlukan semasa mendaftar :
- Roadtax
- Geran
- Insurans
- Akaun bank
Anda boleh mengisi segala maklumat diri dan muat naik butiran diri dan kenderaan semasa pendaftaran. Sementara menunggu akaun anda diaktifkan, anda boleh memuat turun aplikasi Safer Driver di telefon pintar anda.
Android : https://bit.ly/2yp8ADH
iOS : https://apple.co/2ZvyNeX
Setelah akaun diaktifkan, anda perlu untuk menambah nilai ke dalam e-wallet Safer untuk menerima ‘job’. Selain bekerja melakukan penghantaran penumpang, barangan atau makanan, anda juga boleh jana pendapatan pasif sebanyak satu peratus.
Satu peratus tersebut akan diambil daripada jumlah resit pengguna Safer yang telah mendaftar akaun menggunakan referral code anda.
Contoh situasi : Rider A berkongsikan referral code kepada rakannya Rider B yang mahu mendaftar akaun Safer. Setelah Rider B mendaftar menggunakan referral code daripada Rider A, Rider A akan menerima satu peratus daripada jumlah resit yang diterima oleh Rider B.
Semakin ramai pengguna baharu mendaftar menggunakan referral code tersebut, semakin banyak pendapatan pasif yang akan anda perolehi. Jadi, daftar sekarang sebagai rakan pemandu atau penghantar Safer sekarang!
Jadi rakan pemandu atau rakan penghantar untuk perkhidmatan Safer. Safer mempunyai pelbagai perkhidmatan yang menggunakan khidmat pemandu dan penghantar. Antara perkhidmatan yang ada ialah :
- Safer Ride (pendaftaran sebagai rakan pemandu)
- Safer Food (pendaftaran sebagai rakan penghantar)
- Safer Delivery (pendaftaran sebagai rakan penghantar)
- Safer Concierge (pendaftaran sebagai rakan pemandu, kereta sahaja)
Segala maklumat lanjut berkaitan Safer anda boleh dapatkan di :
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup