Pelajar yang berminat mahu melanjutkan pengajian ke Maahda Buuth di Mesir, boleh mendaftar menerusi Program Madrasah Daulah. Kemasukan ke Maahad Buuth kini dibuka untuk sesi Februari 2021.

Bagi pelajar yang mahu melanjutkan pengajian sehingga ke Universiti Al – Azhar.

Program Madrasah Daulah merupakan peluang yang baik untuk pelajar. Ini kerana pelajar akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar.

Sekiranya pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian di Maahad Buuth, segera mendaftar untuk mendapatkan tempat. Klik borang di bawah untuk mendaftar dan memohon tempat.

Borang Kemasukan:
https://www.cognitoforms.com/DaulahEduconsult/pendaftaranmadrasahdaulahdimesir

Seperti yang dimaklumkan, pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka secara tidak langsung akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

Berikut adalah beberapa maklumat sebelum pelajar dapat memasuki ke Maahad Buuth.

  1. Pelajar akan ditempatkan di Madrasah Daulah terlebih dahulu sementara menunggu nama pelajar dipanggil untuk menduduki ujian kemasukan ke Maahad Buuth.
  2. Madrasah Daulah ini merupakan sebuah institusi yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth.
  3. Maahad Buuth pula merupakan sebuah sekolah menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6.
  4. Sementara menunggu nama naik, pelajar akan mengikuti kelas di Madrasah Daulah sebagai persedian menghadapi ujian kelayakan.
BACA JUGA :   Membaca Adalah Penawar Untuk Masalah Depression

Antara subjek yang akan diajar di Madrasah Daulah :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Pelajar perlu menduduki ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth. Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Jika tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas.

Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran.

  • Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab.
  • Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran.
BACA JUGA :   Sambutan Hari Semua Orang Suci di Poland

Bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam. Sebelum mendaftar para pelajar perlu mengetahui beberapa syarat kelayakan untuk mendaftar di Program Madrasah Daulah ini. Berikut adalah syarat – syarat kelayakan.

Syarat kelayakan untuk memasuki Program Madrasah Daulah ialah pelajar lelaki atau perempuan boleh mendaftar. Pelajar yang berumur 14 tahun hingga 21 tahun dan berkemahuan tinggi untuk belajar. Yang paling penting adalah para pelajar bersedia mengikut peraturan & aktiviti yang ditetapkan.

Program Madrasah Daulah masih membuka kemasukan bagi pelajar yang berminat.

Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here