Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan ke seluruh negara kecuali Sarawak, pihak Safer telah meningkatkan usaha untuk membantu semua rakan penghantar dan pemandu.

Usaha ini adalah sebagai satu tanda keprihatinan yang ditunjukkan oleh pihak Safer kepada pekerja e-hailing dan p-hailing yang terkesan akibat pelaksanaan PKP ini. Fokus utama adalah kepada rakan penghantar dan pemandu di seluruh negara.

Safer telah membuka satu peluang istimewa di mana para rakan penghantar dan pemandu yang mendaftar bersama Safer akan menikmati kosong peratus caj penolakan. Promosi ini akan berlangsung sepanjang PKP.

Jika tempoh pelaksanaan PKP berlanjutan, maka promosi ini turut akan dilanjutkan. Tambahan daripada itu, pihak Safer juga mungkin akan melanjutkan promosi sifar caj penolakan ini sepanjang tahun 2021 ini mengikut prestasi rakan penghantar dan pemandu.

BACA JUGA :   Satu Sentuhan Sahaja Anda Boleh Tempah Semua Perkhidmatan Safer

Safer menjemput anda semua yang telah terkesan akibat PKP ini untuk sertai komuniti Safer dan nikmati promosi ini dengan sebaiknya. Bagi sesiapa yang mahu mendaftar, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi.

Syarat menjadi rakan penghantar

  1. Memiliki kenderaan seperti motosikal, kereta, van, pick-up truck dan lain-lain.
  2. Memiliki lesen kenderaan yang sah.
  3. Tiada had buatan kenderaan.
  4. Mempunyai telefon pintar yang berfungsi dengan baik.

Syarat menjadi rakan pemandu

  1. Memiliki kereta atau motosikal.
  2. Memiliki lesen kenderaan yang sah dan penuh.
  3. Had buatan kenderaan 2012 dan ke atas.
  4. Mempunyai lesen PSV.
  5. Mempunyai telefon pintar yang berfungsi dengan baik.

Jika anda berminat untuk sertai Safer sama ada sebagai rakan penghantar atau pemandu, anda boleh lakukan pendaftaran di http://tinyurl.com/ycetm3vh.

BACA JUGA :   Nikmati Pelbagai Makanan Yang Dijual Di Safer Food Sekarang.

Anda juga boleh memuat naik aplikasi Safer untuk rakan penghantar dan pemandu di telefon pintar anda untuk menerima ‘job’.

Untuk pengguna Android : https://bit.ly/2yp8ADH
Untuk pengguna iOS : https://apple.co/2ZvyNeX

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Safer atau promosi yang ditawarkan, anda boleh layari laman sesawang Safer dan media sosial Safer seperti yang tertera :

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here