Pelajar boleh menyertai Program Madrasah Daulah walaupun tidak memiliki sijil seperti SPM dan STAM. Ini kerana pengajian di Maahad Buuth tidak memerlukan sijil tersebut.

Pelajar juga masih berpeluang untuk melanjutkan pengajian sehingga ke Universiti Al – Azhar walaupun tidak memiliki sijil berikut.

Jika pelajar berminat untuk menyambung pengajian di Mesir. Pelajar digalakkan mendaftar menerusi Program Madrasah Daulah.

Madrasah Daulah ini merupakan sebuah institusi yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth.

Maahad Buuth adalah sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM yang terdapat di Malaysia.

Sebelum dapat memasuki ke Maahad Buuth para pelajar akan ditempatkan di Madrasah Daulah terlebih dahulu. Pelajar perlu menunggu nama dipanggil untuk menduduki ujian kemasukan ke Maahad Buuth.

Sementara menunggu nama dipanggil, pelajar akan mengikuti kelas di Madrasah Daulah sebagai persedian menghadapi ujian kelayakan. Antara subjek yang akan diajar di Madrasah Daulah :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
BACA JUGA :   Sambung Belajar Di Rusia Menerusi Daulah Educonsult.

Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ianya akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth. Bagi pelajar yang tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu.

Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas. Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran.

  • Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab.
  • Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran.
  • Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

Jika pelajar berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Tawar Peluang Sambung Bidang Pergigian Di Luar Negara.

Peluang pengajian di Maahad Buuth ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran. Had umur untuk menempatkan diri di institusi pendidikan ini adalah dari seawal usia 12 tahun sehingga 21 tahun.

Kemasukan ke Program Madrasah Daulah masih dibuka dan sesi kemasukan yang terdekat ialah Disember 2020 ini. Sekiranya pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian di Maahad Buuth, segera mendaftar untuk mendapatkan tempat.

Klik borang permohonan untuk memohon.

Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah: https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult: https://daulahmedic.com/
Instagram: https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1: 0189624322
Customer service 2: 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here