Berminat mahu menjadi rakan penghantar dan rakan pemandu Safer? Daftar sekarang sebagai Safer Delivery Partner & Driver, waktu berkerja adalah sangat fleksibel. Anda boleh memilih sama ada mahu membuat part time ataupun full time.

Pendaftaran adalah percuma dan pengaktifan akaun adalah dalam masa 24 jam sahaja jika anda melengkapkan kesemua dokumen yang dinyatakan di bawah.

Jika anda menjadi sebahagian daripada keluarga Safer. Anda berpeluang untuk menjana pendapatan pasif dan aktif dengan serentak. Senang sahaja hendak menjana dua – dua pendapatan ni.

Pendapatan aktif anda akan diperoleh melalui kerja penghantaran yang dilakukan. Sekiranya anda melakukan banyak kerja penghantarann pendapatan aktif anda akan bertambah.

Manakala, pendapatan pasif akan diperoleh dengan perkongsian referral code kepada kenalan. Jika ramai orang mendaftar menggunakan referral code anda dan menggunakan perkhidmatan di Safer. Anda akan mendapat lebih banyak pendapatan pasif.

BACA JUGA :   Suri Rumah Kini Boleh Jana Pendapatan Dengan Sertai Safer Food Merchant

Pendapatan pasif yang akan diperoleh ialah sebanyak 1%, jika kenalan anda mendaftar menggunakan kod anda dan melakukan kerja penghantaran.

Sebelum itu, anda perlu memenuhi syarat kelayakkan dan melengkapkan butiran yang ditetapkan oleh pihak Safer.

Syarat kelayakan rakan pemanduĀ  :

  • Tahun buatan kereta 2012 dan ke atas
  • Memiliki lesen memandu yang sah dan penuh (D)
  • Memiliki lesen PSV
  • Mempunyai telefon pintar yang berfungsi dengan akses internet (iOS atau Android)

Syarat kelayakkan rakan penghantar:

  • Memiliki kenderaan seperti motor, kereta, van, pickup truck dan lain-lain
  • Tiada had tahun buatan kenderaan
  • Memiliki lesen memandu yang sah (Lesen L juga diterima bagi motosikal sahaja)
  • Mempunyai telefon pintar yang berfungsi dengan akses internet (iOS atau Android)
    (Lesen psv dan ehailing insurance tidak perlu jika mendaftar sebagai rakan penghantar SAFERĀ  .)

Butiran kenderaan yang perlu ada :

  • Roadtax
  • Geran
  • Insurans
  • Akaun Bank
BACA JUGA :   Luaskan Legasi Perniagaan Makanan Anda Di Aplikasi SAFER FOOD

Lesen SPV boleh didapati di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), manakala lesen EPV akan diuruskan oleh Safer.

Safer menyediakan perkhidmatan seperti Safer Ride, Safer Delivery, Safer Swift dan Safer Concierge.

  • Safer Ride ialah perkhidmatan menghantar penumpang ke kawasan yang dipilih mereka.
  • Safer Delivery ialah perkhidmatan menghantar barang ke lokasi yang dikehendaki.
  • Safer Food ialah perkhidmatan menghantar makanan.
  • Safer Swift ialah perkhidmatan menghantar penumpang menggunakan motor.
  • Safer Concierge ialah perkhidmatan membantu dan meneman pengguna sehingga tempoh yang ditempah tamat.

Jika anda berminat untuk mendaftar sebagai rakan pemandu dan rakan penghantar Safer, muat turun aplikasi Safer Driver. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web dan media sosial.

Apple App Store: https://apple.co/2ZvyNeX
Google Play Store: https://bit.ly/2yp8ADH

Live Chat Safer: https://www.Safer.my/
Facebook: https://www.facebook.com/Saferasia/
Instagram: https://www.instagram.com/Safer.my/
Twitter: https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube: https://bit.ly/Safergroup

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here