Sebelum ini perlaksanaan PKP adalah sehingga 26 Januari bagi seluruh negeri kecuali Sarawak. Namun disebabkan masih berlaku peningkatan kes di beberapa negeri, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga 4 Februari 2021.

Perlaksanaan PKP ini dilakukan bagi setiap negeri kecuali Sarawak yang melakukan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 7 negeri yang terlibat dengan lanjutan PKP sehingga 4 Februari ini ialah Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) dan Johor.

Pengumuman berkaitan lanjutan PKP di 7 negeri ini telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam di sidang media khas PKP.

Menerusi kenyataan akhbar KPK, jumlah kes baharu COVID-19 yang telah dilaporkan semalam adalah sebanyak 3 170 kes. Dengan pertambahan kes tersebut, telah menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di Malaysia adalah sebanyak 172 549 kes. Jumlah kes aktif dengan keboleh jangkitan pula sebanyak 41 755 kes.

BACA JUGA :   5 Universiti di Bangladesh yang Ditawarkan Oleh Daulah Educonsult

Kes harian yang dilaporkan semalam, telah menunjukkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 576 kes. Diikuti dengan negeri Selangor iaitu sebanyak 545 kes dan negeri Johor 423 kes.

Sebelum ini ramai yang mengeluh kerana waktu untuk kedai makan dan restoran beroperasi  sehingga 8 malam. Berikutan dengan tidak sempat untuk membeli makanan kerana kedai makan tutup lebih awal. Kebanyakan yang mengeluh ialah mereka yang bekerja dan tidak ada masa untuk membeli  sebelum pukul 8 malam.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan waktu beroperasi kedai makan dan restoran sehingga 10 malam bermula pada 22 Januari 2021 semalam.

Walaupun pihak kerajaan telah melonggarkan masa, namun setiap orang masyarakat mestilah mematuhi PKP dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan KKM. KKM turut menyarankan untuk semua mestilah mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S/3C.

BACA JUGA :   Pemain EPL Kutip Dana untuk Derma

Elakkan 3S/3C.

  • Elakkan berada di tempat sesak (crowded places)
  • Elakkan juga berada di tempat sempit (confined places)
  • Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation)

Amalkan 3W.

  • Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
  • Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
  • Beri amaran (warn) seperti ;
    • Amalkan etika batuk dan bersin,
    • Elak kunjung mengunjungi,
    • Dapatkan rawatan jika bergejala dan
    • Sanitasi tempat yang kerap disentuh.

Sumber: Kenyataan Akbar KPK, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here